Sisi Hidup 30: Kawan itu rezeki

Sisi Hidup 30: Kawan itu rezeki

  • WpView
    Membaca 25
  • WpVote
    Vote 1
  • WpPart
    Bab 1
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Rab, Apr 6, 2016
WpInfo
Non-fiksi
Berkawan dengan tukang besi anda akan terpercik api, berkawan dengan penjual minyak wangi, wangiannya melekat pada diri. Pilihlah kawan yang betul kerana mereka adalah cerminan diri. Sepanjang kehidupan selama lebih 30 tahun ini ramai rakan yang telah saya temui. Tentu kita telah berkawan dengan ramai orang yang kita kenali dalam setiap fasa kehidupan. Dari zaman kanak-kanak hinggalah masa bekerja, ramai orang yang hadir dan memberi kesan kepada kita. Mendapat kawan yang baik adalah rezeki. Andai anda ditemukan dengan orang yang baik, maka hargailah dan kutiplah kebaikan dari mereka. Kerana anda bertuah!. Geng rakan sebaya Pernahkah anda mengembara berama-ramai?. Ini sebenarnya peluang terbaik untuk kita mengenali sahabat-sahabat kita lebih dari di luar waktu mengembara. Semua "rupa" sebenar kita dan sahabat kita akan "terkeluar" secara semulajadi. Ia juga menjadi ruang untuk lebih memahami dan menyayangi mereka. Semasa di UK saya berpeluang bersahabat dengan beberapa orang rakan yang seusia. Kebanyakan mereka mengambil jurusan perubatan. Ada juga yang datang menjalankan penyelidikan. Kerana kami semua sebaya, saya tambah gelaran "geng rakan sebaya". Kami selalu berjumpa, makan-makan dan beraktiviti lain. Ada di kalangan kami yang mencadangkan buat "road trip UK". Apabila tarikh sudah ditetapkan, tugasan untuk persiapan diagihkan. Ada yang jadi AJK makanan, ada yang uruskan hal sewa kereta, hal sewa hotel. Ada juga yang bertugas jaga kesihatan dan keselamatan. Nampak macam sangat "pro" dalam membuat persiapan. Harga sewa kereta automatik lebih mahal dari manual. Kerana hendak jimat, kami sewa kereta manual. Oleh kerana boleh memandu dan ada lesen antarabangsa, maka saya telah dilantik menjadi "pilot" untuk road trip ini. Inilah kali pertama berpeluang memandu kereta "7 seaters" jenama Ford. Tidak pernah terbayang mendapat peluang ini. Kami guna alat GPS untuk membantu mencari tempat dituju, tapi co-pilot saya memang cekap dalam memberi arahan.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • 𝐗𝐚𝐯𝐢𝐞𝐫 𝐃'𝐀𝐫𝐳𝐞𝐧 [C]
  • MATA : FAMILY [C]
  • • k𝒾kilala •
  • [HIATUS] RAYYAN MIKHAEL : HIS LITTLE MAID
  • Kehidupanku KetentuanNya ( complete )
  • ℝeas𝕠n To R𝕦n;【Kandra】[NSFW]
  • [EBOOK] FENDI ERISYAD : Fell in Love
  • TAKDIR KITA BERDUA | OG
  • ❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
  • TRIPLETS : LAGENDA YANG HILANG [C]

[ COMPLETE ] • 𝑼𝒏𝒅𝒆𝒓 𝑹𝒐𝒚𝒂𝒍 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑽𝒐𝒍 1 • [ KNOWN AS BEAUTIFUL FATE ] " Kau tak boleh lari dari aku babydoll . Aku akan dapatkan apa yang aku nak , soft way or rough way . " Ujar lelaki itu . DIA , seorang ketua mafia yang paling kejam . Sikapnya yang suka membunuh orang tanpa belas kasihan merebak keseluruh dunia . DIA ditakuti , dihormati , disegani dan disanjungi . DIA akan lakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang diingini . Walaupun ketua mafia , dia mempunyai berpuluh syarikat dibawah naungannya diserata dunia . Hatinya membuak - buak ingin memiliki gadis yang tidak sengaja terlanggarnya. " Lepaskan saya . Saya bukannya barang untuk dijadikan hak milik awak . " Balas gadis itu . Aelyna Medina , secantik , lemah lembut dan sopan orangnya . Kehilangan ibu kandungnya memberi impak besar dalam keluarganya . Ayahnya berkahwin lain dengan janda anak gadis satu . Dihalau dari rumah oleh ayahnya sendiri dan mengikuti jejak rakan - rakannya menyambung pelajaran di Kuala Lumpur . Dengan ketidak sengajaan dia melanggar seorang lelaki , menyebabkan dia terperangkap di dalam dunia lelaki itu . " Sesiapa sahaja yang ' sentuh ' hak milik aku , aku akan bawa dia berjumpa dengan tuhan dia . " " Sesiapa sahaja , saya merayu tolong bawa saya keluar dari neraka ni . " ALL RIGHTS RESERVED ©️ Raden Arenza ⚠️ Typo dan salah grammar berleluasa(mohon maaf) ⚠️ DILARANG KERAS PLAGIAT ⚠️ Story yang cliche

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan