Suasana McD petang tu macam biasa. Tiada yang luar biasa. Emma melangkah masuk dengan penuh terpaksa. Bukan mahu sangat jejak kaki di kedai yang orang panggil kedai yahudi tu. Tapi Emma tiada pilihan. Semua kedai tutup memandangkan hari itu merupakan hari minggu. Walaupun terpaksa, itu tidak mematikan selera Emma terhadap makanan segera tu. Sebiji beger, kentang dan secawan besar air coke yang menggemukkan jadi pilihan Emma. Ting. Sms masuk. Emma malas mahu baca. Zaman serba canggih ni dia masih tak faham. Kenapa Zahin tetap mahu guna perkhidmatan berbayar tu. Beli henfon cikai. Alasan tak ada suit sedangkan kereta dua tiga. Emma malas layan. Suasana makin meriah. mungkin merek yang lain sama dengan emma. Terpaksa mengunjungi kedai yahudi ini untuk makan sebab kedai islam suka bercuti hari ahad. Entah. Emma maas fikir. Mengadap seketul beger dan seberkas kentang. Emma ambil tempat duduk tersorok. Malas mahu berhadapan mata-mata yang sula pandang lain macam. Macam...All Rights Reserved
1 part