ASALKAN DIA BAHAGIA
  • مقروء 334,031
  • صوت 1,937
  • أجزاء 14
  • مقروء 334,031
  • صوت 1,937
  • أجزاء 14
مستمرة، تم نشرها في أبريل 10, 2016
للبالغين
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. 
Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia 'harus' mengahwini Haris Aryan  demi 'membawa pulang' Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi.
Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya. 
		"Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham."- Ikmal.
Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan. 
	"Dira isteri aku, Ikmal." Suara Haris tegang.
	"Dan dia juga adik aku," Balas Ikmal, juga dengan suara tegang.
	"Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami." Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri.
Payahnya hubungan mereka apabila perkataan 'orang ketiga' sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.
Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.
جميع الحقوق محفوظة
قم بالتسجيل كي تُضيف ASALKAN DIA BAHAGIA إلى مكتبتك وتتلقى التحديثات
or
إرشادات المحتوى
قد تعجبك أيضاً
[OG] SESAL TERINDAH بقلم nurailirmela
75 جزء undefined أجزاء مستمرة
"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun, Riffat buat keputusan untuk putuskan hubungan persahabatan mereka. Hati tidak rela tetapi situasi memaksa Riffat menolak cintanya ke tepi. Seperti janji Anggun, wanita ini terus menanti sambil selesaikan pelajarannya di negara British. Namun, semakin lama Anggun menunggu, semakin jauh jaraknya bersama Riffat. "Riffat tu dah tak mahu pada kau. Biar aku kenalkan kau dengan sepupu aku, sepupu aku Raja Muda Melaka" - Tengku Sephia Adalyn. Perjodohan ringkas yang pertemukan Tengku Armada bersama Anggun sedikit sebanyak mengubat kerinduan Anggun terhadap Riffat. Seperti keinginan wanita lain, Tengku Armada lantas memberi kepastian hendak bersama Anggun, membawa Anggun jelajahi kehidupan beraja bersama Tengku Armada. "Ini bodyguard peribadi Che Puan Anggun, namanya Sarjan Mejar Riffat Rizqullah" - Penasihat Istana. Pertemuan semula antara Riffat dan Anggun mewujudkan beribu sesalan dalam jiwa Riffat. Perlahan-lahan, rahsia lima tahun lepas terlerai. Saat itu, Anggun di serang delima. Suaminya ada di sebelah sementara jejaka yang pernah dicintai Anggun berada di hadapan mata. Dapatkah Anggun dan Riffat terus bersikap profesional? Apa rahsia yang Riffat simpan selama lima tahun ini? Bagaimana pula dengan hubungan Anggun bersama anak Raja itu? Dapatkah Tengku Armada terima bahawa isterinya suatu tika dahulu pernah dambakan pengawal peribadi sendiri?
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  بقلم missdiraa
37 جزء undefined أجزاء مستمرة
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed