Masa berjalan tanpa henti Kebenaran masih dinanti Aku mengkaji punca realiti Kebenaran diraih dengan bukti Ku hitung hari demi hari Tak siapa yang menyedari Satu persatu aku mencari Rupanya bukti dibawa lari Bukti disemai dengan subur Kebenaran tidak akan lebur Walau pandangan menjadi kabur Masa hadapan kita tetap subur Pokok besar yang redup Ku menandang separuh hidup Orang tak hargai erti redup Kerana itu detik-detik hidup