Aku tulis atas apa yang kurasakan, Bukan puisi, kalau itu yang kau mahu, Bukan diari, kalau itu yang kau pinta, Bukan novel, kalau itu yang kau ingin. Sekadar rasa hati, yang tiada pendengar, melainkan pembaca. Mengocak hasrat hati yang larut dalam tangkai rasa. Sekadar menumpang masa yang sudi. Adat orang menjeruk hati. Biar aku bukanlah yang arif, terimalah seadanya. Kerana aku, masih aku.
11 parts