We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Cinta Delapan Hari

Cinta Delapan Hari

  • WpView
    Reads 4
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, May 5, 2016
WpInfo
Non-Fiction
Tagsevra
"Satu dalam seribu rasa" "Hidup ini di ibaratkan seperti layang-layang, terputus tanpa tali dan terbang jauh membawa diri".Suara hati Ima berkata. Sejak berpisah dengan teman lelakinya, Ima sering berkhayal sambil mengenangkan nasibnya. "Hai hati awak tak penatkah? dah takde kerja lain ker awak nak fikirkan? Aku dah ckup penat dah ni asyik mamat poyo tu jer awak nak fikirkan."Lalu Ima mengalirkan airmatanya. Sememangnya bukan mudah untuk melupakan seseorang lebih-lebih lagi bila ditinggalkan dengan kecurangan. Waktu menunjukkan jam 2.00 pagi. Akhirnya setelah menangis sepuasnya, Ima terlelap. Kedengaran ayam mulai berkokok. ''Alamak!! Aku hampir lupa nak bangun solat!" Ima terbangun secara mengejut.Walaupun hanya tidur beberapa jam, solat tidak seharusnya ditinggalkan. Sejurus selepas selesainya berdoa, Ima keluar dari biliknya untuk meneguk segelas air suam. Ibunya pernah berkata bahawa sebaik-baiknya minum air suam setiap pagi. Terlalu banyak perkara untuk difikirkankan. Ima memutuskan untuk tidak lagi memikirkan masalah yang dihadapinya tentang ex-boyfriend yang cukup membuat hati dan fikirannya kacau. " MOVE ON SAJA LAH IMA, ORANG DAH TAK SUKA NAK BUAT MACAM MANA LAGI" "Mak...Oo Mak!!" Jerit Ima memanggil emaknya. "Hei budak ni, tak reti ker nak panggil orang baik-baik?'' "Ha ha ha mak oi, minta maaflah. Ima ada nak cakapkan ni.Penting sangat ni mak." "Apa benda yang penting sangat tu? Mak sibuk lah." Kata ibunya Ima. "Ni hah, Ima rasakan mak..Ima nak pergi sambung belajar lah mak" Sambil memeluk bahu emaknya. "Syukurlah nak, daripada Ima terperap kat rumah lebih baik sambung study" " Terima kasih mak." Ima berlalu mengundurkan diri.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • BERUBAH
  • TI AMO
  • Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
  • Don't Break My Heart
  • COUPLE RIVALRY
  • Masih Ada Dia
  • 0ne Step Closer
  • Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)
  • Pikat Hati Dr Jerk ✓
BERUBAH

Am menatap langit dari tingkap kelasnya. Awan putih berarak perlahan, seolah-olah tiada beban di dunia ini. Betapa dia berharap dapat merasa begitu-ringan, bebas, dan tanpa rasa sakit. Dahulu, dia seorang pelajar yang cemerlang. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, namanya pasti di atas. Dia pernah menikmati perasaan itu-dipuji oleh guru, dikagumi oleh rakan-rakan, dan paling penting, membuat ibu bapanya bangga. Namun, semuanya berubah dalam sekelip mata. Setahun yang lalu, ketika dia masih berusia 14 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hari itu sepatutnya menjadi hari yang biasa. Mereka baru sahaja pulang dari menghadiri kenduri keluarga di kampung. Am masih ingat suara gelak tawa adiknya di tempat duduk belakang, bau minyak wangi ibunya, dan suara ayahnya yang perlahan-lahan bersenandung lagu lama. Kemudian, semuanya menjadi gelap. Am hanya mengingati bunyi dentuman kuat, tubuhnya terhempas ke sisi, dan kesakitan yang mencengkam seluruh tubuh. Ketika dia membuka mata, dunia sudah berbeza. Ambulans. Lampu merah yang menyilaukan. Jeritan. Tangisan. Dan akhirnya, berita yang membuatnya tidak mahu hidup lagi. Ibu, ayah, dan adik-beradiknya semuanya pergi. Tinggal dia seorang diri. Sejak itu, Dia berhenti peduli tentang sekolah, tentang hidup. Buku-buku yang pernah menjadi temannya kini berselerak di meja belajar tanpa disentuh. Guru-guru yang dahulunya menyayanginya kini hanya mampu menggeleng kepala melihat sikapnya. Rakan-rakan menjauh, takut dengan perubahan dirinya yang semakin kasar dan dingin. Hari-harinya di sekolah menjadi beban. Setiap kali loceng berbunyi, dia hanya duduk diam, memandang ke luar tingkap, menunggu masa berlalu. Tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dia jangka. Seseorang yang masih peduli pada dirinya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines