Forbidden Crowns : Leonel & Seraphina
57 parts Ongoing Di dunia di mana darjat lebih bernilai daripada perasaan dan mahkota lebih berharga daripada cinta, dua pewaris empayar terbesar terperangkap dalam permainan yang mereka sendiri tidak ciptakan.
Mereka tidak sepatutnya bertemu.
Mereka tidak sepatutnya jatuh cinta.
Kerana dua keluarga mereka telah bermusuhan sejak puluhan tahun-dendam lama yang tersembunyi dalam sejarah gelap, penuh pengkhianatan dan darah.
Sinopsis :
Leonel Adriaz Kazimir, waris tunggal Kazimir Holdings, lahir dalam dunia yang menuntut kesempurnaan dan kawalan penuh terhadap hidupnya. Sebagai pewaris empayar perniagaan hartanah dan fesyen mewah yang mendominasi benua Eropah dan Asia, dia diajar bahawa keluarga adalah segalanya-dan cinta adalah kelemahan paling besar.
Di sisi lain, Seraphina Alayna Devereaux, pewaris Devereaux International, hidup dalam bayang-bayang keluarganya yang mengawal setiap langkahnya. Dengan kecantikan eksotik dan kebijaksanaan luar biasa, dia mungkin dilihat sebagai simbol kesempurnaan, tetapi hatinya penuh luka-dipaksa hidup dalam dunia yang dia benci.
Namun, takdir punya rencana sendiri.
Dalam dunia mereka, cinta bukan sekadar soal hati.
Ia tentang kuasa, maruah, dan harga sebuah mahkota.
Dan kadangkala, mahkota itu perlu dikorbankan demi cinta yang tidak sepatutnya ada.
"Forbidden Crowns" adalah kisah tentang cinta yang melawan takdir, pergelutan antara warisan dan keinginan, serta pengorbanan yang perlu dibayar untuk kebebasan. Dalam dunia yang penuh kemewahan dan kepalsuan, adakah mereka berani memilih cinta? Atau adakah mahkota yang mereka warisi akan menjadi belenggu yang memisahkan mereka selamanya?
Karya :
●Leora Adhira●