ᴋᴇsᴀʏᴀɴɢᴀɴ ʟᴇꜰᴛᴇɴᴀɴ ʜᴀᴢɪʀ ᴇʀᴍᴀɴ (TERBIT)
19 parts Ongoing "𝓘'𝓶 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻 𝓔𝓻𝓶𝓪𝓷. 𝓛𝓮𝓯𝓽𝓮𝓷𝓪𝓷 𝓗𝓪𝔃𝓲𝓻."
Berkahwin di usia muda kerana ayahnya memerlukan cucu lelaki sebagai pewaris syarikat. Bunga Athalia mula jalankan misi mencari bakal suami bersama sahabat baiknya, Nurina Balqis dalam tempoh tiga minggu.
"Apa kata kau buat misi mencari bakal suami?" - Nurina Balqis.
Sepanjang tempoh mencari, Bunga telah menetapkan syarat dimana calon suaminya bukan dari kalangan orang kaya kerana gadis ini dibesarkan untuk hidup bersederhana. Namun, menjadi kepantangan jika lelaki itu merupakan seorang askar.
"Askar? No! Get out of my face!" - Bunga Athalia
Seorang askar berasal dari kampung berpangkat leftenan yang tidak pernah terfikir untuk berkahwin walaupun usia sudah meningkat terjebak dalam misi mencari calon suami buat cik Bunga Athalia.
"Cik Bunga bukan anak Datuk Adam jutawan terkenal tu ke? Biar betul nak suami sederhana." - Hazir Erman
Kerana terdesak, Bunga memaksa seseorang untuk menjadi bakal suami. Jalan terakhir kerana masa semakin singkat.
"Kita kahwin." - Bunga Athalia
"Kalau aku tak nak?" - Hazir Erman
Merahsiakan kerja asal dengan menjadi seorang rider foodpanda demi menjaga keselamatan si isteri.
"Ingat Hazir jangan pernah jatuh cinta dengan saya!" - Bunga Athalia
"I can't promise, flower." - Hazir Erman
Tanpa disedari mereka jatuh cinta dan kebenaran terbongkar kerana satu kejadian mengguriskan hati Bunga. Masjid yang terbina bakal musnah atau kekal selamanya?
Ranking :
#3 Askar
#1 Wira
#1 Leftenan