Ini adalah satu dunia digital yang telah diasaskan oleh tiga makhluk yang sangatlah hebat yang digelar sebagai, HaFaHi. Mereka merupakan lagenda. Kehidupan kami di dunia ini sangatlah normal tetapi suatu hari. Ada satu kumpulan kejahatan yang dikenali srbagai 'The Seven Deadly Sins' telah memasuki dunia kami dan membuat tujuh angkatan kejahatan. Tujuh angkatan itu setiap satunya diketuai oleh anak buah seorang manusia yang sangat kejam dan zalim. Ketua angkatan itu ialah 'Pride', 'Greed', 'Lust', 'Wrath', 'Gluttony', 'Malicious Envy' dan 'Sloth. Identiti mereka bertujuh dan ketua mereka masih lagi tidak diketahui. Dan apa yang semua orang perlu tahu ialah kami semua serupa tetapi digimon kumpulan kejahatan itu pula telah mengalami DigiVolving dan ia merupakan sesuatu yang mustahil. Kami hanya mampu berubah jika ada manusia sahaja, maknanya mereka semua adalah manusia. Beberapa hari kemudian, ada manusia yang telah memasuki dunia kami dengan tidak sengaja. Sesetengah dari mereka mengatakan mereka telah ditarik tapi tidak mengetahui sebabnya dan ada yang telah diajak. Berdasarkan beberapa manusia dan Digimon, mereka telah ternampak kelibat makhluk yang mencipta dunia ini tetapi hanya seorang dari tiga orang. Tapi kami tidak tahu sama ada Ha atau Fa ataupun Hi. Dari sumber yang dipercayai, mereka bertiga ada satu simbol yang pelik di tangan, leher dan juga kaki.
Gadis itu tidak mahu berkahwin, tapi dia dipaksa. Abinya yang ingin melihat dia naik pelamin. Kata abi, abi ingin melihat dia berkahwin. Tapi, hanya bertunang abi sempat. Kahwin tidak.
Namun, perkahwinan dia tetap diteruskan seperti biasa walhal tanpa abi, seorang insan yang ingin sekali melihat dirinya naik ke jinjang pelamin.
Tapi dia ada satu masalah. Dia tak jatuh cinta kepada tunangnya! Macam-macam benda tunangnya buat untuk mendapatkan hatinya. Tapi hati dia tetap tidak dapat menerima kehadiran jejaka itu.
"Kalau bukan disebabkan arwah abi yang suruh aku kahwin dengan jantan tak guna tu, aku takkan kahwin lah dengan dia!" -ISYARA SOFEA
Satu persatu peristiwa berlaku keatas dirinya yang menyebabkan dia membulatkan jawapannya untuk memutuskan tali pertunangan mereka. Isyara sudah tidak dapat bertahan lagi didalam ikatan pertunangan yang penuh tipu daya ini!
"Kakak nak putuskan ikatan perkahwinan kakak." -ISYARA SOFEA
Tapi, apabila dia sudah bebas dari berkahwin dengan si tunang, datang pula jejaka yang baru. Tapi kali ini pilihan uminya pula!
"Umi percaya, dia akan menjadi suami yang baik untuk kakak." -ILMIYAH AISYAH
Orang baru lagi? Mampukah dia untuk menerima jejaka asing itu? Kenapa umi tidak batalkan aje perkahwinan itu!? Itu lah soalan yang sentiasa berlegar didalam otaknya. Tapi tak apa. Kalau Umi sendiri sudah berkata bahawa pilihan Umi itu terbaik, maka Isyara akan menerima kehadiran jejaka itu. Perlahan-lahan..
"My prince?.."
"Yes, babygirl?"
Saksikan hanya di..
HER PRINCE > by mrs_pororo