Note : Atas sebab tertentu. Cerita Dream Reaper harus digantikan dengan cerita Aku Bukan Victoria. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih! ******************** Sinopsis : Percutian idaman Tiara Carmila Rodriguez ke Monte Carlo berubah seratus lapan puluh darjah apabila pesawatnya ditawan oleh sekumpulan pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuh seluruh penumpang didalam pesawat tersebut. "Tolonglah. Aku merayu pada kau. Jangan bunuh aku. Aku akan lakukan apa saja asalkan kau tak bunuh aku."- Tiara. "Kau pasti dengan permintaan kau ni? Kalau aku jadi kau, aku lebih memilih mati dari meneruskan hidup bersama kami."- General Abraham. "Aku pasti. Aku akan lakukan apa saja asalkan kau tak bunuh aku." - Tiara. Disebabkan permintaan tersebut, hidup Tiara berubah serta merta. Bagai Snow white yang diselamatkan oleh 7 orang kerdil. Dia diselamatkan oleh 7 orang pengganas yang telah menawan pesawat yang dinaikinya namun hutang nyawa harus dibayar nyawa. Dia harus berkhidmat buat ketua pengganas tersebut iaitu General Abraham. "Berapa kali aku nak beritahu kau. Nama aku Tiara! Bukan Victoria. Susah sangat ke kau nak faham?" - Tiara "Tiara? Siapa Tiara? Dia dah mati. Mulai ini nama kau adalah Victoria."- General Abraham "Di sini. Aku adalah ketua. Kau patut bersyukur sebab aku selamatkan nyawa kau. Sedar sikit kau di sini adalah sebagai hamba aku." - General Abraham. "Sedarlah Tiara! Dia tu orang yang dah jadikan kau tawanan dia. Kau dah gila ke nak jatuh cinta dengan orang yang pernah cuba membunuh kau dulu! Tak mungkin dia akan membalas perasaan kau." - Tiara "Siapa cakap pembunuh macam aku tak punya hati dan perasaan, Victoria? Orang gila pun ada perasaan." - General Abraham.