Story cover for Hilangnya Sinar Sayap Humaira by annemairaaa
Hilangnya Sinar Sayap Humaira
  • WpView
    Reads 347
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 4
  • WpView
    Reads 347
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 4
Ongoing, First published Jun 01, 2016
Saat aku bertemu kamu buat kali yang pertama, aku yakin kamulah jiwa yang aku tunggu selama ini. Aku jatuh cinta dan aku diajar erti bahagia.

Seperti kebanyakan pasangan lain, hubungan yang kita bina ada pasang surutnya. 3 tahun kita menyulam kasih, namun hubungan yang aku sangka akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan akhirnya terdampar sepi di persisiran pantai. Perkara yang paling aku takuti akhirnya terjadi.

Kamu yang aku cintai, berubah hati dalam sekelip mata. Aku dibuang bersama memori. Dengan alasan, tiada apa yang tinggal untuk diperjuangkan bersama sinar dalam hatimu yang semakin pudar saban hari. Lenyap bersama kekurangan diriku. Terlalu sakit rasanya kehilangan, tapi aku masih tetap ingin mencintaimu.

Mungkin ini karma atau mungkin juga kifarah. Aku wanita yang zalim dan pernah menyakiti hati lain sebelum ini. Aku juga bukan wanita yang baik, namun aturan Allah itu cantik. Segala yang terjadi kini mengubah persepsiku tentang 'cinta sejati' dan 'cinta manusia'.

Namun, aku tertanya-tanya jika Tuhan masih mendengar rintihan rindu dan rayuan doaku tentangmu selama ini? Masihkah ada sinar kedua antara kita?
All Rights Reserved
Sign up to add Hilangnya Sinar Sayap Humaira to your library and receive updates
or
#4humaira
Content Guidelines
You may also like
Behind My Smile, There's A Story by hazelvv07
6 parts Ongoing
Behind my smile, There's a story. Dulu masa aku baru mula meningkat remaja, aku pernah dihina. Tapi yang paling sakit... orang yang hina aku tu, bukan orang luar. Dia darah daging aku sendiri. Saudara aku. Katanya muka aku buruk. Tak layak dipandang. Sejak hari tu... aku pakai mask. Bukan sebab wabak, tapi sebab aku takut orang pandang aku macam dia pernah pandang aku dulu. Banyak orang fikir rumah adalah tempat pulang,tapi bagi saya tidak hanya saya yang tahu tekanan apa yang saya lalui.Family sometimes hurt me mentally. Aku belajar senyum. Ketawa. Berlagak kuat. Tapi dalam hati-aku simpan semua rasa. Sakit. Malu. Takut. Tapi Tuhan itu adil. Dia kirimkan aku mereka. Sahabat-sahabat yang kadang gila, kadang buat aku geram, kadang aku sendiri hilang sabar... tapi mereka jugalah yang selalu tarik aku balik bila aku nak hilang arah. Walau kami bergaduh, tak bercakap... aku tahu mereka tetap ada. Dan bila aku rasa dunia aku cukup dengan mereka, dia datang. Lelaki tu. Yang buat hati aku buka pintu lagi sekali. "Aku janji takkan jatuh cinta lagi... tapi kenapa kau datang dan ubah semua?" "Van, saya ada disini untuk kau.Saya janji." Ini bukan kisah sempurna. Ini kisah aku. Seorang gadis biasa, yang cuba sembuh daripada kisah silam yang menghantui. Tentang luka dari keluarga, tentang sahabat yang bising tapi ikhlas, tentang cinta yang hadir waktu aku dah serik. Dan tentang mask yang aku pakai yang mungkin satu hari nanti, aku akan berani buka. Nota kecil dari penulis: Terima kasih kerana sudi baca cerita ini. Saya masih baru dalam dunia penulisan, jadi maaf kalau ada kekurangan. Tapi saya janji akan terus belajar dan perbaiki dari masa ke masa. Doakan saya ya! Dan please jangan lupa untuk Vote yah
Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK by hasyagrizelle
21 parts Complete
[COMPLETED] 3rd story (spin off Dara Pujaan Duda) Song: X missing You by Dayang Nur Faizah & Faizal Tahir Pernikahan antara dua insan yang disembunyikan oleh kedua pihak, memberi kesan yang buruk kepada diri masing-masing. Tambahan seorang di utara dan seorang lagi di timur, adakalanya mengacau-bilaukan keadaan yang sedia keruh. Dipaksa untuk menanggung rindu sendirian oleh kerana kerjaya yang perlu dikejarkan. "Awak sabar sikit, ya? Saya dah ada degree nanti, saya akan beritahu tentang pernikahan kita pada family saya. " - Faahad Haedar "Tapi saya dah tak sanggup nak berjauhan dengan suami saya sendiri begini. How if I'm pregnant? " - Evelyn Qiara Kekusutan yang menghempap diri semakin bertambah hari demi hari. Kerap kali rasa menyesal menyelimuti dirinya. Seolah dia tersilap langkah dalam membuat keputusan. Saat kebenaran diluahkan mengharapkan sebuah penerimaan. Namun sayangnya, penolakan yang menjadi jawapan. "Kau pergi balik Kedah sana!! Kau jangan balik sini lagi! Aku tak ada anak yang hidup berlandaskan nafsu macam kau, Faahad Haedar!! " - Encik Hadri "Tapi Faahad tak nikah disebabkan nafsu, abah. Faahad cuma nak tanggung dia. Bukankah sunnah nabi juga bernikah dengan seorang perempuan atas niat untuk menanggungnya? " - Faahad Haedar. Akhirnya, Faahad terpaksa melepaskan wanita halalnya yang tercinta itu. Kerana sebuah penerimaan dari keluarga seolah membataskan segalanya. "Tapi kenapa sampai perlu bercerai?" - Evelyn Qiara. "Saya terpaksa, Lyn. Tolong faham. Demi umi dan abah." - Faahad Haedar. "Then, let me go." - Evelyn Qiara. Sekelipan, segalanya berubah. Dan apabila kemaafan yang dituntut, ujian pula yang melanda. Dapatkah Faahad pertahankan hubungan yang ingin dibina agar kekal selamanya? Start : 24/6/23 End : 15/12/23 ❗No copyright are allowed. ❗100% based on my own idea and I am not copying any other author. ❗ Tidak dibenarkan meninggalkan sebarang kata kesat di ruangan komen. All right reserved.
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
12 parts Complete
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
Adriana Raisa  by helenarosabelle
18 parts Ongoing
"Adham... kalau kau tahu betapa aku masih tunggu kau untuk kembali dan kenapa kau pergi tanpa sebarang kata?"- Adriana Raisa "I'm sorry... I never meant to break you. But I had no choice." - Marteen Adham Tahun 2019 adalah tahun terakhir mereka berbual. Tiada pergaduhan, tiada alasan cuma satu hari Adham hilang dari hidup Adriana, seperti bayang-bayang yang lenyap ketika mentari terbit. "Aku masih tunggu kau, Adham. Masih harap satu hari kau akan muncul, bawa semua rasa yang pernah kita janji." - Adriana Raisa Adriana tidak mampu melawan keputusan keluarga. Hatinya masih milik Adham, tapi dia dipaksa memilih antara setia pada masa lalu atau reda pada takdir. Dan itulah saat dia bertemu Ilyas seorang lelaki yang tidak menjanjikan cinta, tapi menawarkan perlindungan. "I tahu... you masih ada orang lain dalam hati you. Tapi kalau you benarkan, I nak jadi seseorang yang boleh buat you rasa selamat. Bukan hari ni, bukan esok... tapi bila you dah sedia." - Syakir Ilyas "I can't give you my heart, Ilyas. Sebab hati I masih luka." - Adriana Raisa "I tak minta hati you, Adriana. I cuma nak ada di sisi you... sampai satu hari nanti you mampu senyum tanpa rasa sakit." - Syakir Ilyas Adham? Dia tidak pernah kembali. Tapi kenangannya kekal dalam setiap malam yang Adriana tangisi. Dan Ilyas, dia tetap ada diam, setia dan sabar menunggu luka yang bukan dia cipta untuk sembuh satu per satu. Ini bukan kisah cinta tiga segi. Ini kisah tentang kehilangan, tentang penantian, dan tentang seorang lelaki yang datang bukan untuk menggantikan cinta lama, tapi untuk memulihkan hati yang hampir musnah.
You may also like
Slide 1 of 10
Behind My Smile, There's A Story cover
Our Mini Diary♡ [COMPLETE] cover
Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK cover
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT cover
Sedingin Dewi cover
✦ ✧ 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 ✧ ✦ cover
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN cover
Adriana Raisa  cover
Ruang untuk Kita [Terbit] cover
Kerana janji cover

Behind My Smile, There's A Story