Kisah Seram Penjara Pudu 1
  • Reads 311
  • Votes 5
  • Parts 1
  • Reads 311
  • Votes 5
  • Parts 1
Ongoing, First published Jun 02, 2016
"Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara," kata Pegawai Disiplin Penjara Tapah, Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad, 55, menceritakan pengalaman bertugas di Penjara Pudu ketika ia masih digunakan bagi menempatkan banduan.
"Sebenarnya, banyak kali gangguan seumpama itu berlaku di kalangan kakitangan penjara serta banduan, namun kebanyakan kami buat tidak kisah dan tidak mahu memperbesarkan hal itu kerana takut mengganggu tugas anggota lain, terutama yang baru berpindah ke sana.
"Bila mereka (pegawai baru) sendiri menceritakan gangguan dialami, baru kami berkongsi cerita mengenai gangguan yang pernah kami alami," katanya.
Sulaiman yang bertugas 17 tahun di Penjara Pudu sebagai wardar penjara sebelum ditukar ke Penjara Tapah sebaik operasinya ditamatkan berkata, jauh sekali dirinya untuk mempercayai kewujudan makhluk halus di dalam bangunan berkenaan namun percaya, setiap yang terjadi adalah atas ketentuan Allah.
"Jika saya kata saya percaya memang wujud makhluk halus di situ, nanti orang beranggapan saya syirik pula, tapi itu antara kejadian yang saya serta rakan anggota lain alami.
"Cerita ini saya kongsi bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi ia antara kenangan yang mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang berkhidmat di sana, terutama apabila mengetahui Penjara Pudu yang memenjarakan puluhan banduan itu bakal dirobohkan sepenuhnya bagi dibangunkan untuk keselesaan rakyat," katanya.
Menurut Sulaiman, sepanjang bertugas di penjara yang pernah memenjarakan ribuan penjenayah ganas dan berbahaya seperti Botak Chin dan Batang Kali, beberapa kawasan di dalam penjara boleh dianggap keras, dipercayai menjadi laluan makhluk halus.
All Rights Reserved
Sign up to add Kisah Seram Penjara Pudu 1 to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
SEIRAS TAPI BUKAN KEMBAR 2 SERIES  OG by khair_ya
38 parts Ongoing
Horror | Funny | Adventure Serial 1 Shah Fuan dan Nik Adam. Dua nama yang berbeza dan juga dua personaliti yang berbeza. "Dia Shah Fuan Bin Mohd Azlan dan aku Nik Adam Bin Mohd Izlan, kami seiras tapi bukan kembar." Shah dingin dan mulut dia kadang takde insuran. Tapi Nik, lain. Dia nakal dan ceria. Dua-dua serasi kerana mereka keluarga dan cousin. "Kau rasa hantu takut garam tak Nik?" "Erm, garam kasar ke garam halus?" Seiring dengan peredaran masa dan usia, Nik dan Shah cuba menerima takdir dan fakta bahawa mereka istimewa... Iaitu istimewa dari manusia biasa. "Kau rasa pocong berjalan tak Shah?" Adventure / Fantasy / Alam bunian Serial kedua "Jika aku dan Shah tak balik dalam seminggu ini, aku nak kau buat laporan polis. Cari kitorang di hutan Kalimantan Tengah dekat kampung nenek aku." Kerana rasa ingin tahu yang mendesak, Nik tekad cari tahu penyebab mereka ada kekuatan. Shah meski muka batu, hati dia masih tidak mahu tinggalkan Nik keseorangan mencari tahu. Entah malapetaka apa, lain yang dicari lain yang dapat. "Mereka bukan wanita. Mereka penjaga hutan ini. Kamu telah melanggar batas, dan kini kamu terperangkap di dalam dunia ini." Satu-satunya jalan keluar hanyalah melalui makhluk yang tidak berwajah tersebut. Nik dan Shah tidak yakin untuk melawan makhluk yang sudah beratus tahun hidup. Pengalaman mereka, masih setahun jagung. Dek sebab itu, mereka terpaksa tinggal sementara di kampung Paya Rimbun. Yang akhirnya mereka tidak tahu, mereka sudah masuk ke alam bunian. .. P/S ☞ Apakah mereka tahu penyebab mereka sering diganggu? Atau adakah kerana mereka ada melakukan sesuatu? Bagaimana mereka hendak selesaikannya? Patutkah mereka menerima kelebihan yang satu itu? Start: 12/5/24 End: © Nice cover by PutraRize_
You may also like
Slide 1 of 10
SURI cover
Koleksi Kisah Seram cover
SEIRAS TAPI BUKAN KEMBAR 2 SERIES  OG cover
KISAH SERAM 'PENANGGAL' cover
Cuti Semester (Buku 1) ✔ cover
KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTU cover
Tarian Terakhir Roh Penari - Horror Seram (Ebook) cover
Eeeeee Takut Yeee...... cover
C| MANUSKRIP cover
TUMPANG - Sebuah cerita seram PKP cover

SURI

34 parts Ongoing

Saiful. Seorang lelaki yang dibelenggu misteri selama dia hidup di sebuah apartment sewaan. Misteri yang membelenggu hidupnya itu menuntut korban yang ramai. Apakah Saiful dapat merungkai misteri itu?