Cinta boleh menjadi perlindungan, tetapi dalam dunia Ari dan Muaz, cinta adalah peperangan.
Ari bukan sekadar wanita biasa-dia Ratu Jalanan, hidup dalam dunia yang penuh bahaya, perhitungan, dan strategi. Muaz, suaminya, bukan sekadar seorang lelaki biasa-dia mungkin bukan pejuang seperti Ari, tetapi dia adalah bentengnya, kekuatan yang tidak tergoyahkan. Bersama, mereka membina empayar yang tidak mudah runtuh, tetapi musuh mereka juga bukan calang-calang.
Zafrin, Lisa, Datuk Hamdan-tiga nama yang mahu melihat Ari dan Muaz jatuh. Zafrin, bekas kekasih yang penuh dendam, sanggup mengotorkan tangannya untuk merosakkan hidup Ari. Lisa, wanita yang dahulunya mengidamkan Muaz, menggunakan segala tipu daya untuk memerangkap mereka. Datuk Hamdan, ahli perniagaan gelap yang tidak suka melihat sesiapa lebih berkuasa daripadanya, mahu memastikan mereka hancur.
Dari jalanan Tokyo yang penuh neon, ke mahkamah yang dipenuhi konspirasi, hingga ke medan perang yang tidak kelihatan, Ari dan Muaz berjuang bukan kerana mereka mahu menang-tetapi kerana mereka mahu hidup. Dalam keheningan peperangan ini, satu rahsia terungkap: Ari mengandung. Dia mahu anaknya lahir dalam dunia yang lebih selamat. Dia mahu menamatkan semua ancaman yang mengintai mereka.
Tetapi cinta bukan sekadar tentang melindungi-ia juga tentang percaya.
💔 "Aku buat semua ni kerana aku cinta kau." 💔
🔥 Bila cinta bertembung dengan kuasa, hanya yang terkuat akan bertahan. 🔥
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]