41 parts Ongoing REVAMP VERSION!
"Kenapa? Awak nak jadi boyfriend saya ke?" - Nadia
"Aku tak suka perempuan tua." - Aidan
Kata-katanya sepuluh tahun lalu, memakan diri apabila Aidan bertunang dan akan berkahwin dengan gadis tua tiga tahun daripadanya. Safira, gadis yang dicintai Aidan. Setelah setahun mengikat tali pertunangan, mereka merancang untuk berkahwin.
Namun, di saat persiapan perkahwinan berlaku, tiba-tiba Safira memutuskan tali pertunangan mereka atas alasan mereka tidak sekufu. Dan gadis itu juga akan berkahwin dengan pilihan orang tuanya. Disebabkan alasan yang tidak masuk akal Safira, Aidan tawar hati.
Berita mengenai Aidan putus tunang sampai ke pengetahuan Puan Hayati. Namun, si ibu tetap mahu meneruskan perkahwinan Aidan itu. Aidan menyerahkan segala-segalanya kepada ibunya. Sepanjang tempoh pertunangannya dengan gadis pilihan ibunya, dia langsung tidak mengetahui siapa bakal isterinya. Hanya mengetahui nama bakal isterinya itu.
"Saya dah tengok gambar tunang awak. Cantik sangat. Pandai mak awak cari." - Nadia
"Iya? Baguslah." - Aidan
Mengetahui siapa bakal isterinya, Aidan berasa lega. Kerana bakal isterinya adalah seseorang yang sememangnya dia sudah lama kenal.
"Saya terima awak kerana Allah."
"Walaupun kita kahwin tanpa cinta?"
"Saya yakin cinta itu wujud selepas berkahwin. Tak salah kan kalau kita mencuba?"
Disaat cinta bercambah dihati masing-masing, Safira muncul kembali. Nadia hilang kepercayaan terhadap Aidan disebabkan satu kejadian.
"Jawab! Awak masih cintakan Safira?"
"Ya! Abang masih cintakan dia."
Lalu, apa yang berlaku seterusnya? Adakah bahagia itu menjadi milik Aidan dan Nadia. Atau perpisahan bakal berlaku antara mereka?
"Nama kita ada bilangan dan huruf yang sama. Kalau baca Nadia dari belakang akan jadi Aidan. Begitu juga jika baca Aidan dari belakang, akan jadi Nadia. Kita sudah ditakdirkan bersama."
Cover book : Nasyanur
Written by : Nasyanur
Start publish on wattpad : 04032025
End :