Kerana Satu Janji

Kerana Satu Janji

  • WpView
    Leituras 10,908
  • WpVote
    Votos 97
  • WpPart
    Capítulos 11
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização qua, jun 8, 2016
TEKADNYA Hannah, daripada berkahwin dengan buaya darat Azryl Tan Sri Hadi, adalah lebih baik dia berkahwin dengan Ilham, cikgu kampung yang tampak lurus. Ada sebab Hannah cari Ilham dan ada sebab juga mengapa Ilham sudi terima Hannah. Perkahwinan yang disangka 'selamat', rupanya tidak... KATA Ilham kepada Suraya - Perkahwinannya dengan Hannah hanya tiga bulan! KATA Suraya kepada Ilham - Sanggup berkorban dan tunggu demi janji cinta mereka. KATA Elyna kepada Hannah - Kalau Ilham berbaloi sebagai suami, kenapa mahu lepaskan? KATA Hannah kepada Suraya - Pinjam Ilham sekejap je! Nanti akan pulangkan semula. MUDAHNYA mereka berjanji... Dan tiada siapa yang menduga perjalanan hidup Hannah dan Ilham yang pelbagai rasa dan rentak... "Hannah, pakai balik baju awak tu!" arah Ilham keras dan masih lagi tidak memandang isterinya. Hannah tidak menjawab. Ilham dihampiri semakin rapat. "Kalau saya tak nak?" bisik Hannah rapat di telinga suaminya dan dengan nada menggoda. Ilham semakin penasaran. Merasakan hangat bisikan Hannah menerpa telinganya, degupan jantungnya menjadi semakin laju. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu. "Hannah!" jeritnya melepaskan geram. Hannah tergelak kecil. Bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuh semula. "Tahu takut!" ejeknya perlahan dan terus berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Ilham. Sampai saja di hadapan pintu biliknya, dia berpaling semula. "You know what Ilham?" Ilham berpaling. "What?" ucapnya keras. Geramnya masih bersisa dengan kelakuan Hannah tadi. Boleh gugur jantung dibuatnya. Wajah Hannah di muka pintu bilik dipandang tajam. "Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau berada dengan perempuan di dalam keadaan seperti tadi kecualilah lelaki itu jenis spesis yang...."
Todos os Direitos Reservados
#628
romantik
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • Perempuan Bidadari Syurga
  • MI CUORE (OG)
  • Honey I'm Yours
  • Sweet Vendetta [Published]
  • Cinta Tanpa Noktah [C]
  • Sayap Juita [TERBIT]
  • Cinta hingga akhir nyawa (HIATUS)
  • Mission Of 5 Alpha: Sweetheart Of Hanzz (In Edited)

Kau curang dengan aku Dania! Aku benci kau! Mulai saat ini bersaksikan mama aku... aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ini, aku haramkan kau pijak rumah ni! Berambus!!" Lantang suara itu bergema di dalam rumah agam itu. . "Abang jan..." Belum sempat dia bersuara, Amsyar telah melafazkannya. Dia terdiam sendiri. Terkebil-kebil anak matanya memandang lelaki di hadapannya itu. Sekejap sahaja dia sudah tersenyum hambar. Akhirnya... . "Abang betul-betul lafazkannya..." Ayat itu meniti tanpa sendu. Senyuman sinis menyapa seulas bibirnya. Anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Untuk terakhir kalinya... . "Abang betul-betul bencikan Dania, kan?" Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Kenapa aku sampai sanggup cakap macam tu kepada Dania? Dia... isteri aku! Dia... perempuan bidadari syurga itu! Seraut wajah itu dipandangnya tanpa berkelip. . _ _ _ _ _ Bagaimana kisah seorang perempuan yang baik bernama Dania tetapi langsung tidak dipandang oleh suaminya. Adakah suaminya akan insaf? Adakah mereka akan berkahwin semula? Benarkah adik kepada suaminya iaitu Arsyad sukakan Dania?

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo