Sebuah kereta menyusur laju membunyikan hon sepanjang jalan, mengusir segala kesibukan manusia. Seorang wanita sudah tiba saat melahirkan bayi sulungnya menjerit kesakitan tidak henti-henti sejak dari rumah lagi.
"Abang, saya sudah tidak tahan." Suara wanita itu kian lemah .
"iya." Jawab suaminya ringkas dek kerana ketakutan dan pertama kali mengalami situasi tersebut.
Tidak lama kemudian, suara wanita itu sudah tidak kedengaran, bertambah cemas hati Kamal, mahu sahaja dia memecut sehabis mungkin dengan kereta uzurnya itu. Namun,demi keselamatan anak isterinya, mana mungkin dia mengambil risiko yang sebegitu besar.
Kelihatan hospital besar Sultanah Fatimah di bahu kanan jalan, tanpa menghiraukan kereta yang sibuk melintas, terus sahaja Kamal melencong masuk. Kereta diparkir betul-betul di hadapan pintu masuk hospital. Terus saja dia berteriak memanggil warga hospital di situ. Bertempiaran para pekerja hospital mencari bantuan dengan segera. Isterinya, Fatimah segera dibaringkan di atas katil beroda, tanpa berlengah, katil itu diusung ke ruang bersalin. Fatimah yang kaku dan membisu itu cuma pengsan kerana kehabisan tenaga. Tubunya begitu lemah, bibirnya pucat lesu, wajahnya berpeluh-peluh dan turun naik nafasnya tidak stabil.
Tidak henti-henti hati kecil Kamal berdoa dan berzikir, tiba-tiba pundaknya ditepuk dari belakang.
(COMPLETED)
"Siapakah MARIA?
Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel.
Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu.
Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan.
Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu?
•
•
Pengorbanan
Kesusahan
Kematian
Keberanian
Pengkhianatan
Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre.
'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.'
GAVRIEL 2021