CINTA ZAYREEN: DALAM PELUKAN KEGELAPAN
31 parts Ongoing -Tuan Zaydyen Uwais
-Tengku Zareen Allessandra
Dalam dunia yang gelap dan penuh rahsia, dua jiwa yang terluka bertemu di bawah bumbung rumah anak yatim. Tuan Zaydyen Uwais, seorang pemuda dingin dan penuh misteri, bermata hazel kecoklatan membuat orang yang memandangnya terpukau. Dia hidup dengan dinding tebal yang melindungi hati dan rahsia masa lalunya. Dia benci kelemahan, benci kekecohan, dan lebih rela memendam segalanya daripada membuka ruang kepada orang lain.
Namun, hidupnya mula berubah dengan kehadiran Tengku Zareen Allessandra, seorang gadis manja dan ceria yang tak pernah kenal erti putus asa. Zareen tiada kacukan tetapi wajahnya berhasil membuatkan dia kelihatan menarik dipandang orang. Zareen bukan sahaja menghidupkan suasana dengan gelak tawanya, malah dia juga membawa warna ke dalam dunia Uwais yang suram. Walaupun sifatnya yang clingy dan suka menyakat membuatkan Uwais rimas, Zareen tetap berusaha merobohkan dinding emosi Uwais sedikit demi sedikit.
"Our paths crossed unexpectedly; fate brought us together and love blossomed in the most unexpected way."