Siapa sangka,cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu 'sketsa perang' di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak,Syuhada terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata mata. Bila sudah duduk serumah,mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Adam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Syuhada. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri? "Esok ajelah,hari dah malam.Aku perlu kuat.Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul betul cintakannya. Walaupun cinta aku ditolak,aku kecewa dengan bergaya. Kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Adam?" ----IskandarAll Rights Reserved
1 part