14 parts Ongoing INI CERITA SAINS FIKSYEN.
Aspalela Salsabiela Humaira dilahirkan sebagai seorang gadis kampung yang lurus bendul, pemalu, dan semestinya terlihat innocent. Tapi meskipun begitu, Aspalela mempunyai wajah yang cukup mempersonakan para jejaka apatahlagi dengan kaca mata bulatnya yang berwarna merah jambu.
Termasuklah, Zaideer Razeef Afeeq.
Namun, kecantikan Aspalela bukan jenis yang digilap dengan highlighter Sephora atau content TikTok viral. Ia asli, natural-bagaikan embun pagi yang tak pernah minta untuk jadi pelangi. Jalan hidupnya sederhana. Bangun pagi, tolong emak di dapur, siram pokok bunga, dan ke kelas mengaji sebelum senja memeluk desa.
Tapi semuanya mula berubah-pada hari Zaideer Razeef Afeeq tersesat masuk ke kampungnya.
Dia dan Zaideer berbeza. Tak sempurna. Sama macam huruf abc. Huruf A dan Z terlalu jauh.
Cukup. Jauh.
Anak bandar. Kacak. Berkaca mata hitam walaupun matahari belum terpacak atas kepala. Naik motor besar, bunyi enjin pun macam degup jantung perempuan yang baru jatuh cinta. Dia bukan saja datang dengan ego, tapi juga dengan rahsia.
Zaideer tak sangka, kampung terpencil yang sepatutnya tempat dia 'lari' sekejap dari hiruk pikuk dunia, sebenarnya menyimpan satu benda yang dia tak pernah jangka-Aspalela.
Dan Aspalela, yang selama ini cuma kenal cinta dari novel-novel makcik jiran sebelah pinjamkan, tiba-tiba jadi watak utama dalam kisah yang dia sendiri tak tahu endingnya macam mana.
start: 16 April 2025
end: still ongoing.
NOTE: SEBARANG PLAGIAT ATAU COPYRIGHT DIHARAMKAN SAMA SEKALI. CERITA NI BERTERABUR DAN BAB HILANG ENTAH KEMANA SEBAB CERITA NI SEBELUM NI DIUNPLUBLISH, JADI MASIH MEMERLUKAN MASA UNTUK SAYA BAIKI SEMUA BAB SATU-PERSATU. ANDA BOLEH MEMBERITAHU SAYA SEKIRANYA ADA BAB YANG TIDAK BERSAMBUNG. MOHON BERSABAR DENGAN SAYA. SABAR ITU INDAH DAN SEPARUH DARIPADA IMAN.
YANG BENAR,
- أزهرا زهور
(BUNGA AZZAHRA).