His Puella: Bintang Hati [OG]
3 parts Complete ⚠️ A new version of Deveruex's obsession
HIS PUELLA: BINTANG HATI
Dia kata dia bukan lelaki yang baik. Tapi kenapa setiap kali aku jauh, dia orang pertama yang tarik aku balik?
__________
Haris Adrian, lelaki yang penuh dengan rahsia dan sukar dibaca. Dia menjalani hidupnya dengan prinsip dan cara yang jauh daripada cahaya, hingga satu hari, segala-galanya berubah dengan kemunculan Aurora, gadis yang penuh dengan kebaikan dan senyuman yang mampu mencairkan hati siapa saja.
"Bunga Aurora...cantik nama,"- Haris Adrian
Sejak pertemuan pertama mereka, Haris tidak lagi dapat mengelak dari rasa yang hadir tanpa diundang. Aurora adalah segala-galanya yang Haris tak pernah harapkan, satu cahaya yang hadir dalam kegelapan hidupnya. Walaupun dia sering berkata bahawa dia bukan lelaki yang baik, ada satu perkara yang pasti: setiap kali dia menjauh, ada sesuatu yang menariknya kembali ke sisi gadis itu.
Aurora, dengan kesederhanaannya, membuat Haris mengakui sesuatu yang selama ini dia cuba elakkan. Cinta, yang tumbuh secara perlahan tanpa disedari, akhirnya membuat Haris tidak dapat lagi menyangkal perasaannya terhadapnya.
"Awak ingat jatuh cinta ni, macam main konda-kondi ke?!" - Bunga Aurora
"Susah sangat ke awak nak faham?"- Haris Adrian
Tapi, mana mungkin semua kisah cinta akan akan berjalan sempurna tanpa badai yang menghentam, setiap kisah ada rahsia yang perlu dirungkai dan ada jalan yang perlu ditempuhi.
Tapi satu janji Haris Adrian, dia tak akan pernah lepas kan Bunga Aurora.
"Terima kasih, bintang hati."
_______________________________
⚠️ Trigger Warning: Certain scenes and language in this story are not intended for real-life imitation.