Story cover for F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya by AiyinJay
F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya
  • WpView
    Reads 1,959
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 18
  • WpView
    Reads 1,959
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 18
Complete, First published Jul 24, 2016
Mengisahkan lima orang sahabat iaitu Farhani,Ain,Fatin,Suraya dan Zaahidah termasuk juga dengan kawan baik mereka yang lain iaitu Nurin dan Adriana. Mereka berkawan sejak berumur 13 tahun lagi. Dan kini mereka kawan paling rapat dan jarang bergaduh.

Ketika di Universiti, mereka bertemu dengan tujuh org lelaki yang sangat elok rupa paras dan saling tidak kurang dengan perangai F.A.N.S.Z. Mereka boleh dikatakan mempunyai pertalian yang kuat untuk bertemu dan sering melakukan pelbagai kerenah yang sangat menarik.

Saksikan kisah sahabat ini bersama dengan tujuh orang lelaki itu. Banyak kerenah dan pelbagai kisah yang mereka hadapi. Jangan lupa ikuti kisah F.A.N.S.Z Sahabat Selamanya.
(CC) Attribution-NoDerivs
Sign up to add F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya to your library and receive updates
or
#712comedy
Content Guidelines
You may also like
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2 by azreenwardah9
52 parts Complete
Busyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun usia perkahwinan mereka bukanlah tempoh masa yang singkat. Perkahwinan manalah yang tidak pernah dilanda badai. Perkahwinan Busyairi dan Hanisah yang dibina dalam tempoh masa yang lama ini mula goyah dan hampir tiba di penghujungnya setelah kehadiran Fahrin Husam yang juga merupakan teman sekerja Hanisah. "Abang minta maaf sebab minta Hanis kahwin dalam usia yang begitu muda. Abang tahu abang dah halang Hanis enjoy masa muda-muda dulu. Sepatutnya Hanis enjoy dengan kawan-kawan dulu kan." sayu kedengaran suara Busyairi. "Saya dengan Fahrin tiada hubungan istimewa la bang. Berapa kali saya nak cakap benda yang sama? Abang dah tua-tua ni makin kuat pulak cemburu eh?" perli Hanisah. Fahrin mula jatuh cinta pada Hanisah tanpa mengetahui status Hanisah. Fikirnya Hanisah masih muda dan belum berkahwin. Berkali-kali Fahrin mengajak Hanisah berkahwin tetapi ditolaknya. Fahrin mula berputus asa. "Mungkin sayalah bakal suami awak nanti!" Fahrin berseloroh. Tapi kenyataannya itu serius. "Saya dah kahwin!" terkeluar juga kenyataan ini dari mulut Hanisah. Satu peristiwa yang telah menimpa Busyairi dan membuatkan Hanisah tersedar daripada lamunannya. Dia berasa kesal atas perbuatannya pada suaminya, Busyairi. "Abang, Hanis sayang abang. Abang dah janji dulu takkan tinggalkan Hanis. Maafkan Hanis abang!" Hanisah meraung sekuat hatinya. Masihkah ada maaf buat isteri yang amat dicintai itu? Busyairi semakin tekad untuk melepaskan Hanisah demi melihat isterinya berbahagia dengan orang lain. "Selamat tinggal Hanis! Abang pergi dulu." sayu matanya memandang Hanisah dan anak-anaknya.
The Mischievous by AdielaNash
52 parts Complete
The Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mula menghimpit mereka berenam. Nur Adila Dania.. Disebabkan dia terlampau workaholic sehingga tidak sempat mencari pasangan hidup. Ibunya, Puan Naza dan Kakaknya mula menjadi matchmaker dan membuat hidup dia upside down. Ameena Imni.. Percintaan jarak jauh sememangnya bukan mudah terutamanya apabila jauh beribu-ribu batu. Bukan setakat luar negeri tetapi luar negara! Orang ketiga mula hadir untuk menghancurkan hubungannya. Aryana Farha ... Percintaan yang semakin berputik mula goyah apabila hadir bekas rakan sekelasnya untuk merampas yang tersayang daripadanya. Disebabkan terlampau sibuk dengan kerjaya, dia semakin kurang meluangkan masa bersama si buah hati. Kedudukannya mula goyah. Alice Ilyana Raisha.. Perhubungan yang mula retak menjadi semakin teruk disebabkan hasutan dan hasad dengki kakak angkatnya sendiri. Kekasihnya sanggup memilih kakak angkatnya berbanding dirinya.Hatinya Lumat bagai ditusuk berjuta pedang. Namun begitu, hadir seseorang yang mengubati hatinya yang terluka. Airin Adriana... Kisah cintanya agak berbeza dengan sahabat-sahabatnya. Siapa sangka 'cinta monyet' nya kini dibawa sehingga ke jinjang pelamin. Mereka tidak mempunyai banyak masalah selain daripada masalah yang mereka cipta sendiri. 'Lovebird' . Asya Zalikha... Kehadiran bekas kekasihnya yang pernah membuangnya menyebabkan hidup Zalikha huru hara. Si jejaka mula menagih cinta yang pernah dia sia-siakan dahulu. Pelbagai cara yang telah si jejaka lakukan bagi menambat hari gadis itu kembali. (Kalau nak tahu sila baca)
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
You may also like
Slide 1 of 9
Kekal Selamanya cover
Love Between Me And Him cover
Janji Untuk Selamanya cover
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2 cover
The Mischievous cover
𝐑𝐀𝐍𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐘𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄 cover
KAU DAN AKU (complete ✅) cover
Best Friend Forever cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover

Kekal Selamanya

44 parts Complete

"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. Kedua mereka memang rapat sejak kecil lagi. Sehinggalah, sewaktu mereka masuk alam universiti, Aralyn tertarik dengan seorang lelaki yang mengambil jurusan yang sama dengannya. Akhirnya, lelaki tu pun menjadi teman lelakinya. Harraz baik-baik saja dengan hubungan diorang tu, asal Aralyn gembira, dia pun gembira. Dah namanya sahabat kan? Tapi teman lelaki Aralyn tu, Fahim Sharif tidak suka akan kehadiran Harraz yang bersama Aralyn. Oleh itu, dia menyuruh Aralyn untuk tidak berhubung dan bersahabat dengan Harraz tu lagi. Awalnya Aralyn membantah, tak kan dia nak putuskan persahabatan mereka yang dah bertahun-tahun tu? Tapi Fahim mengugutnya yang dia akan putuskan hubungan mereka berdua kalau dia tak nak putuskan persahabatannya dengan Harraz. Disebabkan terlalu cintakan Fahim, dia sanggup untuk memutuskan persahabatannya dengan Harraz. Bila Harraz tahu tentang itu, dia marah dan terluka sangat. Sanggup Aralyn putuskan persahabatan mereka hanya disebabkan seorang lelaki yang belum tentu menjadi jodohnya. Sejak itulah juga, mereka tak pernah bersemuka lagi. Harraz pun pindah belajar luar negara. Sampailah beberapa tahun kemudian, di mana mereka bertemu kembali. "Persahabatan kita akan kekal selamanya."