Antologi MENATAP KEINDAHAN

Antologi MENATAP KEINDAHAN

  • WpView
    LECTURAS 13
  • WpVote
    Votos 0
  • WpPart
    Partes 1
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación lun, jul 25, 2016
WpInfo
No ficción
Etiquetascerpen
Sejemput kisah mewangi mulanya tersinar dari hati (Cinta 'Iyadh, Mac-November 2010). Memancar ke sekeliling alam realiti, membias di celahan perdu reranting melidi, iaitu saatnya terselongkar bual hikmah ketertiban ciptaan sejati (Aku dan Nemel, Januari 2011). Lalu ditatap indah itu oleh manusia tanpa manusiawi, hingga terserkup sinar murni yang lantas ditegur oleh suara Rabbani (Mandiri di Hujung Usia, Januari 2011). Manusia masih terlupa lagi, bahawa indah sinar warni itu setiapnya terbit dari Jamilnya Illahi, dan kembali merindunya jua pada Illahi (Seri Vinca di Toronto, Februari 2011). Hingga terserlah rupanya indah warna itu hakikatnya adalah sejambak yang harmoni, bukan sekuntum yang meninggi diri (Pelangi Ekawarna, Mac 2011). Lagi dan lagi, sedangkan sinar-sinar daripada alam yang terpisah jaraknya, terbeda sejarahnya pun terpegang erat harmoni dalam mencahayai kehambaan manusiawi (Usu Hirup Air Jeram dan Tigris, Oktober 2011). Berlegar, agar kita mampu menatap warni cahaya, dan belajar daripada kemesraan pancarannya; bahawa melihat itu pada keharmonian mata fizikal dan mata hati (Mizan Emas, Noveber 2011). Hingga akhirnya, bermula daripada gemersik alam yang membisikkan ibrah menerangi jiwa, agar manusia yang hamba dan khalifah ini belajar daripada harmoninya alam serba indah, lalu memperindah tadbir dunia dengan harmoni dan rabbani (Telur Separuh, Februari 2015). Mari menatap keindahan, dan sama-sama memperindah. Selamat datang ke Antologi Tinta Cerpen nukilanku 2010-2015, yang kujudulkan daripada gesit keindahannya sebagai; 'Menatap Keindahan'.
Todos los derechos reservados
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • Aku Bulan Dia Bintang
  • Dimensi Ungu
  • Disebalik Titah Madrasah
  • KeKuRa & oRaNGe NoVeLiST aCaDEMY ( Ogos 2019 ) ✔
  • PEWARIS 2!
  • Antologi Cerpen Hazzie
  • QALBU RAMADHAN - C

DISCLAIMER: INI CUMA PAPARAN BAGI TUJUAN PROMOSI. Untuk membaca naskhah penuh, sila dapatkan naskhah ini di pasaran bermula Februari 2016. <3 DARIN, diketemukan dan dikehendaki 'bertugas' selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar 'Tengku', ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu! "Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah." "Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?" Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena. Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu! "Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk." "Menjawab! Apa tugas awak sekarang?" Darin diam. "Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?" Darin garu kepala. "Erm, jurnalis." "So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?" "Hmm, tadah telinga dengar awak marah." Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni? DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia. APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial? ***************** Novel ketiga Anarif dan yang pertama diterbitkan oleh Intens Idea International (Fauziah Ashari, Ombak Rindu) bakal berada di pasaran bulan Februari 2016. Bab yang dipaparkan cuma preview kepada bab asal dalam versi cetak. Dilarang menerbitkan semula mana-mana bahagian dalam bentuk apa sekalipun.

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido