LOVE LETTER (PUBLISHED)
"Saya tak layak nak kawan dengan awak ke?"
"No, saya yang tak layak berkawan dengan awak!"
"But why?"
Tak ada siapa yang tahu kenapa Nelissa takut untuk menerima cinta. Semenjak surat cinta itu tidak dapat disampaikan kepada empunyanya disebabkan peristiwa hitam itu, Nelissa percaya yang semua lelaki semuanya sama sahaja. Lelaki tidak akan memandang dirinya kerana cinta, tapi sekadar ingin mempermain-mainkan perasaannya. Baginya, dia tidak layak untuk sesiapa.
Bertemu dengan Hadif, menambahkan luka yang pernah bersarang dalam hatinya. Namun tak dapat Nelissa nafikan, ada cinta buat si dia. Adakah Hadif sudah berpunya? Jika sudah berpunya, kenapa perlu hadir dalam hidupnya? Adakah takdir juga sedang mempermain-mainkan dirinya?
Sibuk ke? I miss y...
Dek SMS yang tidak sengaja dihantar pada Hadif, Nelissa malu sendiri. Pasti Hadif juga memikirkan yang dia juga sukakan lelaki itu, cuma sengaja jual mahal. Oh my God!!! Malunyaaa!!!
"Ermm saya nak hantar dekat Hariz tapi tersalah send dekat Hadif pula"
"Lis... It's not funny at all. Seriously, I don't like it!"
"Fine... Mesej tu memang saya nak hantar dekat awak sebenarnya. Saya nak padam tapi tertekan send. Puas hati?"
"Haha... I knew it! Lain kali kalau mengaku je terus, kan senang..."
Dengar sahaja jawapan naif Nelissa, Hadif kini sudah pasti. Sebenarnya ada rasa yang sama dalam diri Nelissa. Tapi kenapa gadis itu enggan berterus terang malah mengelak daripadanya meskipun dia sedaya upaya mendekati?
Hari ini, saya beranikan juga diri saya untuk bagi surat ini untuk awak. Saya tak nak jadi hipokrit, saya suka awak. Itu hakikat.
Layari www.october.my atau
Pm FB October/October Novel atau
Emel: order@october.my