Bukan semua kisah cinta agung berakhir dengan kebahagiaan. Sungguh, kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan itu sukar untuk dimiliki. Tapi, mungkinkah ianya tidak mustahil bagi seorang gadis yang bernama Ryu Eunmi? Adakah pengakhiran cinta yang menggembirakan menanti dirinya? Atau mungkin juga sebaliknya? Meskipun berbohong itu membunuh dirinya dengan perlahan, dia tidak peduli. Kerana dia sudah nekad, tiada lagi jalan untuk berpatah balik. Oh Sehun. Begitu ramai orang mengatakan bahawa cinta merupakan sesuatu yang indah, bukankah cinta juga membuatkan seseorang itu bertindak kejam? Byun Baekhyun. Matahari diufuk timur tersenyum menyidai, tetapi dia masih disini, mengenang kisah lama yang menampar dirinya kini. Ryu Eunmi.