Karya pertama Adra Adiella.
Telah berada di blog Ilham Dari Hati sejak 4 tahun lepas sehinggalah berjaya diterbitkan pada Julai 2016.
Terbitan : Intens Idea International Sdn Bhd
SAAT KAU DAKAP CINTAKU
Sem. Malaysia : RM26.00
Sabah/Sarawak : RM29.00
THIA ZULAIKHA - Gadis biasa yang juga punya cita-cita. Dia membesar dalam serba kekurangan dan dibelenggu oleh ibu dan kakak tirinya menyebabkan dia bersetuju berkahwin dengan Nazhan Irsyad untuk menyambung pengajiannya. Thia reda walaupun tahu cinta Nazhan bukan untuknya namun, dia juga punya pendirian. Apa yang telah menjadi haknya akan tetap menjadi miliknya.
NAZHAN IRSYAD - Dia juga punya impian untuk bersama kekasih hatinya, Jasmin lalu dia tinggalkan Thia keseorangan di Langkawi ketika mereka sedang berbulan madu. Di saat Thia keseorangan pula, Zaim sentiasa ada untuknya.
"Kalau awak tak pilih saya, saya reda. Saya tahu awak bukan jodoh saya tapi saya janji dengan diri saya, saya akan jaga awak sampai saya mati."- Zaim
"Soal dia terima aku atau pun tak, aku tak kisah. Dia berhak tentukan dengan siapa dia nak. Tak apalah, aku terima. Kemaafan dari dia pun dah memadai."- Nazhan
"Kita ni kalau tak mampu buat orang ketawa, jangan sesekali buat orang menangis. Kalau tak mampu buat orang rasa bahagia, jangan pulak kita tambahkan lagi rasa derita. Kalau tak mampu mengubati luka, jangan sesekali buat orang lain rasa terluka."- Thia.
LALU, siapakah yang menjadi pilihan Thia?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab yang dipaparkan adalah preview sebahagian daripada keseluruhan novel yang telah pun dicetak. Dilarang sama sekali menerbitkan semula mana-mana bahagian di dalam novel ini ke dalam bentuk apa sekali pun. Untuk versi penuh, sila dapatkan novel ini di pasaran.
1st Tengku the Series
Cover: @Marleneith
Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene membuat hati lelaki Tengku Ferhad terusik tanpa sedar. Anaknya Helena Malaiqa pun suka pada Eirene.Bonus untuk Tengku Ferhad memiliki gadis itu.
"Dasar singa pencen! Perangai diktator! Eeee malang betul lah!"-Eirene Anfisa
"Tumbuk lah kalau berani. Hidup yang tak berapa nak malang tu karang bertukar jadi malang seumur hidup"-Tengku Ferhad Mateen
Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda ujian. Walaupun badainya tidak sekuat mana, namun kepercayaan Eirene mulai goyah juga akhirnya.
"You yakin yang you betul-betul kenal siapa suami you?"- Cailey
"Apa alasan yang saya ada untuk tak percayakan dia?"-Eirene Anfisa
"Why should I be disappointed like this Eirene Anfisa?"-Tengku Ferhad Mateen