"Aku cuma nak kau tahu. Aku memang sayang kau..." Hazril Redza "Simpan saja sayang kau tu dalam laci dan pastikan laci yang berkunci sebab aku tak berminat untuk melihatnya." - Hani Suraya Kisah lalu yang menyakitkan, sudah lama Hani bungkus kemas. Kalau boleh, dia tak mahu ingat semuanya. Tapi mana mungkin dia mampu lupa kalau yang menyakitkan itu duduknya hanya sejengkal di depan rumah. Puas dia lari. Tapi jerat yang dicipta Hazril terlalu sukar untuk dielak. Ayat manis bergula Hazril, buat keras hatinya bertukar jadi jelly. Sehingga sampai satu tahap, kerana cinta, dia rela apa saja walau berkahwin tanpa restu keluarga. ~ Saya panjat ikut tingkap, sembunyi-sembunyi masuk bilik awak ya? - Hazril + Jangan buat lawak boleh tak? Saya tengah sakit ni - Hani Sudahnya, kena main sembunyi-sembunyi. Duduk KL boleh la serumah. Tapi bila balik kampung, cuma intai-intai tepi pintu. Sampai bila? Kena tunggu Hani bersedia. Kenapa? Kena tanya keluarga Hazril. Tapi tatkala setia yang diharapkan menjadi terlalu mahal harganya, luka lama yang sudah bertampal kembali berdarah.