Cerita Komik + Novel kini bersatu. Siapa sangka empat orang jejaka kaya datang ke bengkel kereta Hani untuk membasuh kereta mereka. Dek kerana Izzid yang terlebih megah dengan keretanya, berlaku pergaduhan di antara Hani dan Izzid yang telah menggemparkan semua pihak. Lebih malang lagi Hani terpaksa membayar hutang bengkel itu dalam masa setahun, jika tidak, akan digadai oleh pihak bank. Keranà hutang terpaksala dia menebalkan muka untuk meminta tolong Izzid aka musuh ketatnya. Daripada benci menjadi sayang. Namun benarkah mereka mencintai antara satu sama lain? Apakah perkara yang masih terbuku di benak hati Izzid?