PERTEMUAN singkat antara Nailah Al-Farafisyah dan Syed Emir Al-Attas mewujudkan hubungan persahabatan yang tidak pernah dirasai mana-manapun daripada mereka "Ke mana sahaja aku pergi , dia mesti ada dan tumpahkan air kat atas baju aku! Macam dah jadi tanda tak rasmi persahabatan kitorang?" -SYED EMIR AL-ATTAS "Syed Emir Al-Attas ? Dialah lelaki pertama yang ajar aku erti persahabatan yang sebenar! Iaitu bila kau sanggup berkorban tanpa fikirkan kepentingan diri kau sendiri!" -NAILAH AL-FARAFISYAH Takdir tidak selalunya indah. Syed Emir terpaksa membawa dirinya pergi ke luar negara. Atas urusan pembelajarannya dan hasrat hati kedua orang tuanya. Pemergian Syed Emir adalah satu penyeksaan buat Nailah! Hidup Syed Emir sunyi dan sepi. Hidup Nailah umpama menghadapi satu kehilangan yang cukup besar! Kenangan pengubat rindu. Air mata pengubat kehilangan. Mereka buta kerana tidak meyedari wujudnya cinta di sebalik nama 'persahabatan' Tujuh tahun berlalu. Takdir seakan 'bermain' dengan mereka! Mereka dipertemukan dengan hati yang ingin menyuarakan rasa cinta yang tidak pernah pudar "Takdir mempermainkan perasaan kita?" -SYED EMIR AL-ATTAS "Tidak. Cuma takdir sedang mengajar kita untuk bersabar sekiranya ingin mendapatkan sesuatu. Dan juga untuk menyayangi sesuatu" -NAILAH AL-FARAFISYAH Namun cinta mereka adalah cinta yang terlarang. Syed Emir terikat dengan tali pertunangan bersama Sharifah Hidayu! Maruah dan perasaan , menjadi pertaruhan! Cinta Nailah pula ditagih oleh Ungku Yusuf , lelaki yang pertama kali merasai erti cinta ! Kebahagiaan Nailah adalah kebahagiaannya! Masing-masing cuba menelan hasrat hati! Membenam segala perasaan jiwa! Mampukah mereka untuk bersama? Apakah yang takdir sebenarnya cuba tunjukkan kepada mereka? Memiliki cinta? Atau hanya memberinya? "Syed Emir , mungkin takdir tak izinkan saya untuk memiliki cinta awak!" -NAILAH AL-FARAFISYAH "Jadi apa yang perlu saya buat? Menerimanya sahaja? Tanpa boleh memilikinya?" -SYED EMIR AL-ATTASAll Rights Reserved
1 part