ANUGERAH TERINDAH - SAYANG KINABALU

ANUGERAH TERINDAH - SAYANG KINABALU

  • WpView
    Reads 70
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Aug 15, 2016
WpInfo
Fiction
Romance
ANUGERAH TERINDAH - SAYANG KINABALU HANI FIQAH menjadi tunggak keluarganya, menjaga ibu kurang upaya dan membesarkan adik-adiknya yang masih kecil setelah kehilangan ayah tempat bersandar dan bergantung hidup. Dalam satu insiden, terjadi pertemuan dan perkenalan Hani Fiqah dengan Tengku Daniel. Namun, pertemuan tanpa diduga itulah merubah perjalanan hidup Hani Fiqah. Tiba-tiba Tengku Daniel melamar. Perasaan Hani Fiqah galau bagaikan dilanda tsunami. Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, dirinya dilamar seperti zaman dahulukala. Tidak perlu berkawan dan tak perlu bercinta! Namun, demi menjaga hati ibu tercinta akhirnya Hani Fiqah reda, lamaran Tengku Daniel diterima. Pada hari bersejarah dalam hidup Hani Fiqah, terbongkarlah rahsia Tengku Daniel. Sekeping hati Hani Fiqah bagaikan kaca jatuh terhempas, pecah berderai tatkala mengetahui bahawa lelaki yang menjadi suaminya itu sudah bertunang. Apakah maknanya perkahwinan itu jika hati suami masih menjadi milik wanita lain? Semenjak berkenalan dengan Tengku Daniel sehinggalah ke alam perkahwinan, ada sahaja masalah dan dugaan yang menimpa Hani Fiqah silih berganti. Siapakah punya angkara? Meskipun hati sudah ditoreh-toreh, Hani Fiqah berusaha mempertahankan mahligai yang sudah dibina itu namun nyawanya turut diincar bahaya! Apakah kesudahan ikatan perkahwinan Hani Fiqah dengan Tengku Daniel?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Permission to Fall, Prof!
  • HELLO QASWAR
  • Forever Isn't What We Promised
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Racing King
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

More details
WpActionLinkContent Guidelines