Perusuh Ranjang

Perusuh Ranjang

  • WpView
    Reads 234
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Aug 23, 2016
WpInfo
Non-Fiction
Kepalanya pusing, dalam pikiran jauh segara ia melayang mengusik kembali sebuah memorabilia duka. Hentakan separa kuat sebentar tadi telah menyebabkan dia tersungkur ke lantai. "Aku sudah bilang, tapi kau degil!" "Maafkan aku, bukan maksudku berbuat demikian" "Ah! Yang penting kau telah melakukan hal tersebut!" "Maafkanku!" Maaf, kalimat yang diucapkannya maseh segar dalam ingatannya dan kalimat itu berakhir dengan sebuah tamparan kuat di mukannya lalu dia tersungkur dan kepalanya terhentak di dinding kayu. Dia tertiarap di lantai tanpa diperduli lelaki tersebut. Dua tahun yang lalu, hal yang sama juga telah berlaku kepadanya. Ketika itu dia baru sahaja selesai menguruskan dirinya dan keluar dari kamar mandi menuju ke ruang tamu untuk membuka pintu. Lelaki itu pulang dengan muka tidak pernah ceria dan mengetuk kuat daun pintu rumahnya. Sejurus tombol pintu dipulas dan daun pintu terbuka dengan lebarnya. Sebuah jerkahan kuat menerjah ke gegendang telinganya. "Apa yang kau bikin, lambat benar membuka pintu!" Rambutnya masih belum sempat dikeringkan ketika gegendang telinganya menerima sebuah jerkahan kuat itu. "Aku lagi di kamar mandi bang, maafkanku" perlahan dalam terketar-ketar dia menjawab. Barangkali sudah tiga minggu suaminya tidak pulang ke rumah, selepas suaminya pergi bersama seutas rantai emas yang dijadikan mahar perkahwinan mereka dahulu diambil secara paksa.. lelaki tersebut tidak pulang-pulang dan rantai emasnya juga tidak kelihatan lagi.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C]
  • BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)
  • Kerana janji
  • Beauty Bellarina(ON GOING)
  • BERUBAH
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
  • Mencintaimu Hanya Seketika (EBOOK)
  • Hati Yang Tersakiti (Complete)
  • Kebahagiaan Untuknya(OG)
  • BIDADARI MILIK TUAN EHSAN

Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End: 1 September 2025

More details
WpActionLinkContent Guidelines