********************** Hidupnya yang tenang kini diganggu dengan gelodak jiwa dan perasaannya sendiri. Tak pernah langsung dirinya ingin tertarik pada seorang lelaki. Lelaki yang tak pernah diketahui kewujudan olehnya! Akhirnya, tiada kata nafian lagi, Farisha pasrah bahawa dia sebenarnya sudah terjatuh hati pada seseorang sehingga sanggup mengarang suatu cerita mengenai lelaki itu tanpa pengetahuan kawannya langsung. Aplikasi penulisan, wattpad menjadi tempatnya meluahkan rasa hatinya itu. Walaupun seringkali disoalkan siapakah watak lelaki dalam ceritanya, dia tetap menafikan. Baginya, biarlah ianya rahsia. "Lelaki dalam cerita kau dekat wattpad tu kenapa macam Isyraf je?"- Nazihah "Hah! Isyraf? Kenapa Isyraf pula? Bukan dia lah..bukan! Bbu..bukan!"- Farisha Ini memang bukan dirinya! Bukan juga perangainya namun apabila SI PENGACAU HATI sudah memainkan peranan tiada yang mustahil untuk dirinya. Baginya....lelaki itulah SI PENGACAU HATINYA..