Kau curang dengan aku Dania! Aku benci kau! Mulai saat ini bersaksikan mama aku... aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ini, aku haramkan kau pijak rumah ni! Berambus!!" Lantang suara itu bergema di dalam rumah agam itu. . "Abang jan..." Belum sempat dia bersuara, Amsyar telah melafazkannya. Dia terdiam sendiri. Terkebil-kebil anak matanya memandang lelaki di hadapannya itu. Sekejap sahaja dia sudah tersenyum hambar. Akhirnya... . "Abang betul-betul lafazkannya..." Ayat itu meniti tanpa sendu. Senyuman sinis menyapa seulas bibirnya. Anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Untuk terakhir kalinya... . "Abang betul-betul bencikan Dania, kan?" Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Kenapa aku sampai sanggup cakap macam tu kepada Dania? Dia... isteri aku! Dia... perempuan bidadari syurga itu! Seraut wajah itu dipandangnya tanpa berkelip. . _ _ _ _ _ Bagaimana kisah seorang perempuan yang baik bernama Dania tetapi langsung tidak dipandang oleh suaminya. Adakah suaminya akan insaf? Adakah mereka akan berkahwin semula? Benarkah adik kepada suaminya iaitu Arsyad sukakan Dania?
18 parts