Tempang tak ubah dengan nama yang asing mendiskripsi seorang manusia yang tidak kelihatan seperti manusia lain yang sempurna fizikal. Nama diberi menjadi slogan anjakan paradigma buat seorang insan kerdil yang hidupnya penuh dengan pancaroba. Mungkin pada fizikalnya menjadi anggapan sekalian manusia di muka bumi melihat dengan pelbagai corak dan warna. Tapi yang nyata dia manusia yang penuh luar biasa.