Bagaimana jika saya katakan kepada anda semua, bahawa dunia ini tidak seperti yang saya dan kamu bayangkan? Bagaimana jika saya katakan keapda anda semua bahawa, tuhan tidak menjadikan dunia ini ekslusif hanya untuk manusia yang berakal, mahupun untuk jasad selestial cerdas yang lain? Bahkan, Dia menciptakan sejumlah dunia parallel yang berjumlah infiniti, untuk hidupan yang lain; kucing,anjing, tikus, gajah, dan babi misalnya? Bagaimana jika saya katakan bahawa, di dalam dunia tersebut semua binatang yang wujud mempunyai kecerdasan akal yang setaraf dengan manusia, mempunyai akal, boleh berbahasa serta mempunyai budaya yang tersendiri. Bagaimana pula jika saya katakan bahawa, dalam dunia tersebut, kewujudan manusia dianggap karut dan tak berasas, bahkan ianya hanyalah mitos dalam kalangan mereka turun-temurun?
5 parts