Cinta Handdicapped
Prank telah menemukan Raisha Hambali, staff di Famous Book Store dengan majikannya Taufik Hidayat Bukhary. Seorang hilang isteri, seorang lagi hilang maruah diri.
"Prank!?". Erika kerut dahi.
"Saja nak kenakan Kak Dayah, nak tengok reaksi dia.".
"Apalah abang ni!. Tak elok tau mainkan Kak Dayah".
"Bukan selalu. Nak eratkan lagi kasih sayang kenalah uji pasangan kita". TAUFIK HIDAYAT BUKHARY.
"Semuanya salah Sha. Semuanya bermula kerana ingin membantu kawan kononnya. Akhirnya kawan makan kawan".
"Sha buat seperti apa yang dia nak. Memang Sha masuk ke suite mewah tu. Tapi Sha tak tahu apa yang berlaku bila mata Sha ditutup dan tangan Sha diikat. Kemudian mereka suntik sesuatu di lengan Sha. Lepas tu Sha dah tak ingat apa-apa". RAISHA HAMBALI.
Dek kerana ingin membalas dendam, Taufik mengatur strategi. Apabila kebenaran terbongkar, dari balas dendam telah bertukar strategi memikat hati. Taufik melamar Raisha, gadis handicapped sebagai suri. Sebab simpati, membalas budi atau benar-benar sudah jatuh hati. Taufik saja yang tahu isi hatinya.