8 parts Ongoing HESSA IRDINA hilang ketika mendaki dan terjatuh ke dalam dunia yang asing. Di sana, dia bangun sebagai Embun, tanpa memori, tanpa identiti. Di jaga oleh Mak Puspa dan 5 orang anaknya yang dikenali sebagai 5 Beradik Bunga.
INDERA, salah seorang dari 5 Beradik Hikayat memerangkap Pendekar Kampung Sahmura bertanggungjawab penuh kerana dialah yang menarik Hessa masuk ke alam itu. Dia punya perjanjian... Serahkan Embun pada nenek kebayan demi menyelamatkan ibunya.
Namun semakin lama dia menunggu, semakin dalam dia tersangkut.
Niat asal untuk memberi pengajaran pada gadis itu kerana memperkecilkan adab bertukar menjadi cabaran apabila hatinya mula berkata yang sebaliknya.
"Kau... Dan aku... Kita tidak sama, Mestika..."
Embun hadir untuk ditebus, namun tanpa sedar...
Dia telah mencuri hati insan yang sepatutnya menghancurkannya...