koleksi novel

koleksi novel

  • WpView
    Membaca 5,707
  • WpVote
    Vote 100
  • WpPart
    Bab 5
WpMetadataReadDewasaLengkap Min, Okt 2, 2016
WpInfo
Fiksi
Romansa
Perghhh! Ni bilik ke tempat pembuangan sampah? Berapa bulan tak sembur pewangi?' kutuk Nurain di dalam hatinya. Meluru dia membuka tingkap bilik itu dengan luas. Kepalanya dikeluarkan dari jendela supaya dia dapat menghirup udara segar. 'Gelap gila bilik ni. Macam dark room misteri aje aku tengok. Meh sini, Encik Syazwan, Cik Nurain Haidar bukakan tingkap banyak-banyak. Membazir aje tau ada tingkap tapi tak buka,' kata Nurain di dalam hatinya. Sinar cahaya daripada lampu yang masuk apabila tingkap dibuka menyedarkan Syazwan dari lenanya. Bengang pastinya dengan orang yang membuka tingkap biliknya. "Tutuplah tingkap tu mama. Syaz tak sukalah. Tutuplah mama," kata Syazwan. Nurain sudah tercebik-cebik di tepi tingkap. 'Huh! Kau ni gaya mayat hidup aje. Nak hidup buat cara nak hidup! Tak reti nak bersyukur jadi manusia agaknya!' kutuk Nurain lagi. Dia mencari-cari suis lampu bilik Syazwan. Setelah menemuinya, dia tersengih lebar.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
  • SAVIOUR - CODENAME: HUNTER [ COMPLETE ✅️ ]
  • Ya , Sayang ?
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
  • TERPERANGKAP DALAM TAKDIR
  • 12. Miss Picasso And Mister Nice Guy.

Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan