Sebuah perkenalan singkat di laman muka buku telah menerbitkan rasa cinta di antara Aila Imani dan Anas Haikal. "Macam mana hang boleh bercinta dengan dia ni? Rupa dia pun hang tak pernah tengok kan? Setakat chatting dalam facebook ja, tak takut ka kalau dia tu hodoh hitam legam perut buncit?" Syakila membebel. "Aku tak pandang paras rupa, aku tak kisah pun kalau dia hitam legam ka perut buncit ka. Aku cuma pandang hati dia." Jawab Aila Imani. "Ikut suka hati hang lah Aila oii. Apa orang kata, cinta itu buta? Kalau betul dia tuh hitam legam, padan muka hang. Hahahaha." Syakila pecah gelak. "Saya tak pandang rupa, saya pandang hati." ~ Aila Imani "Saya mungkin tak berharta tapi saya cintakan awak." ~ Anas Haikal #226 NOVEL MELAYU ~ 15.05.2018