Menceritakan tentang Alia, gadis muda berumur 13 tahun, seorang periang dan mempunyai perasaan yang sensitif. Alia duduk di kelas 1 Arif yang berkongsi kelas dengan pelajar 3 Arif pada waktu pagi. Meja Alia diduduki oleh Haziq, seorang jejaka tampan dan popular dikalangan pelajar pagi. Satu kejadian berlaku membuatkan dua tablemate ini mula berbalas surat dan mengenali satu sama lain tanpa bersua muka. Semakin hari,mereka mula tertarik antara satu sama lain dan ingin melihat rupa paras masing- masing. Tatkala itu, berlaku pertemuan antara Alia dan Haziq secara tidak dirancang di suatu tempat yang tidak dijangka. Selepas pertemuan menarik itu, mereka menjadi lebih rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Hubungan antara Alia dan Haziq yang romantik menyebabkan hubungan mereka dicemburui ramai orang termasuk Hafizul, bekas kekasih Alia. Pelbagai cara yang digunakan oleh Hafizul untuk memisahkan Alia dan Haziq. Apakah yang akan berlaku pada hubungan kedua tablemate itu? Adakah Hafizul berjaya memisahkan mereka? Kalau nak tahu, jangan lupa baca CINTA TABLEMATE.