Aku nak kau culik perempuan tu dan aku nak kau bawak dia jauh dari hidup anak aku. Terpulang pada korang nak buat apa-apa pun pada dia waktu kau culik dia. Kalau boleh aku tak nak tengok dia depan mata aku lagi. Aku nak hidup dia musnah!" Bentak Puan Rosalinda kepada beberapa orang lelaki yang berdiri dengan menunduk hormat padanya. "Baik puan! Arahan diterima!" Serentak kumpulan lelaki itu menyambut arahan dari Puan Rosalinda. Kemudian mereka melangkah meninggalkan bilik bacaan itu. "Siap kau Balqis. Aku takkan biarkan kau bahagia dan aku pastikan hidup kau merana! HAHAHA" terbahak-bahak Puan Rosalinda ketawa. "Rasakan Balqis Batrisya. Kerana kesalahan ibu kau dulu, kau pun akan rasa penderitaan yang setimpal macam yang pernah ibu kau rasa dulu." Senyuman sinis terukir di bibir Puan Rosalinda. Dendam kesumat harus dilaksanakan sampai hati puas. Orang yang menyebabkan dia menderita dulu harus lebih menderita! Itu tekadnya.
1 part