Sejak dari dahulu, hubungan Jeon Jungkook dan Yong Junghae tidak direstui oleh orangtua Junghae kerana mereka tidak menyukai anak tunggal mereka bercinta dengan lelaki yang tidak sama taraf dengan mereka.
Disebabkan terlalu mencintai Jungkook, Junghae sanggup lari dari rumah orangtuanya dan tinggal bersama lelaki yang dia cintai sehingga mereka membuat keputusan untuk berkahwin secara diam.
Selepas dua tahun berkahwin, kebahagian mula timbul selepas mempunyai seorang cahaya mata yang sudah berusia hampir setahun. Tetapi tidak lama apabila, Tuan dan Puan Yong terus mengheret anak tunggal mereka pergi dan membawanya jauh dari Jungkook.
Sudah enam tahun Jungkook tidak mendengar khabar isterinya. Selama enam tahun juga dia membesarkan anak gadis mereka bersendirian. Selama enam tahun juga dia berkerja keras sehingga dia menjadi seorang model terkenal. Bukan itu sahaja, Jungkook juga mempunyai cafenya sendiri. Popularitinya membuatkan cafenya berjaya.
Tuan dan Puan Yong mahu mengahwinkan anak gadisnya itu dengan anak rakan mereka, Xu Ming Hao. Sebelum perkahwinan mereka berlangsung, Ming Hao meminta izin dari orangtua Junghae untuk membawa Junghae tinggal di Korea dan mahu perkahwinan mereka dilangsungkan di negara itu.
Dapatkah Junghae mencari suami dan anaknya di sana?
Start; 23.10.2016
End; 12.02.2017
"My Queen listen to me, i don't easily give up on things i really want. A king is not complete without his queen. I don't care if you don't like it. No matter what, you always be my queen"
GREEN GARNET + KIM TAEHYUNG
------------------------------
Kim Seul gadis berumur 18 tahun itu terpaksa berpindah ke kampung untuk tinggal bersama nenek dan datuknya di hanyang kerana ibu bapa nya ada urusan kerja di luar negara. Dia juga terpaksa bersekolah di situ. Seekor anak kucing yang unik dijumpai di dalam hutan kampung nenek dan datuknya itu ketika Seul masih kecil lagi telah pun membesar menjadi kucing dewasa sama sepertinya. Seul suka membelainya dan sering membawanya tidur bersama. Batu garnet hijau yang berada di dahi kucing itu amat lah cantik. Jarang ditemui kucing yang unik seperti itu. Tetapi pada satu malam kucing itu berubah menjadi seorang lelaki yang amat kacak dan mempunyai tubuh yang sasa. Hal itu membuatkan Seul terkejut. Tanpa dia sangka kucing yang diambilnya itu merupakan kucing jadian yang diberi nama Kim Taehyung atau nama manjanya taetae. Apa akan berlaku seterusnya? nantikan?! Fighting!❤️
⚫️ Cover fanfic - Credit to the rightful owners on pinterest design