Pakwe Aku Gay
  • Reads 77
  • Votes 2
  • Parts 1
  • Reads 77
  • Votes 2
  • Parts 1
Complete, First published Oct 11, 2016
Aku cerita ini disebabkan tangan ni rasa nak type. Have fun. Newbie dalam wattpad.

Nama aku Isha. Aku tak pernah bercinta dari zaman sekolah rendah sampailah zaman sekolah menengah. Tapi pertama kali aku officially katanya couple tu bermula masa aku sambung diploma. 

Nama dia Adam. Muhammad Amirul Adam. Dia tua setahun daripada aku. Adam mempunyai perwatakan seperti lelaki lembut. Tapi bukan pondan okay. Cuma lembut. (Faham kan lelaki lembut macam mana). Adam ni sangat peramah tak kira sama ada dengan lelaki atau perempuan.Daripada gaya dan jalan si Adam ni, memang tak nampak pun macam lelaki lembut. Bila bercakap jelah nampak lembut dia. Dan dia juga antara yang rapat dengan aku lah. Kira geng-geng lah ni.

Aku dengan Adam ni sekelas dan dia dipilih menjadi wakil kelas oleh pensyarah. Lagipun memang ramai yang pilih dia jadi ketua kelas. Biasalah, orang-orang lembut ni rajin sikit buat kerja nak dibandingkan dengan lelaki yang elok ni. Hahahaha, tak gitu. 

Hari berganti hari, dah hampir dua bulan aku menjadi pelajar diploma. Dan selama dua bulan aku berkawan dengan si Adam ni, kami pun makin rapat. Kawan serumah aku pun faham benar rapatnya aku dengan si Adam ni.

Nak dijadikan cerita, pada satu malam. Aku termasuklah kawan serumah aku dengan si Adam ni lepak makan sambil buat kerja dekat mamak. Malam pun dah lewat, aku dengan kawan-kawan aku pun nak balik kolej sambil ditemani Adam ni ha. 

Sampai je dekat tangga, kawan aku yang seorang ni Intan namanya menyuruh aku cakap 'I love u' dekat Adam. Aku pun apalagi, tanpa berfikir panjang pantas mengucapkan 'i love u' kepada Adam. Dan, kawan-kawan aku ni pula minta Adam membalas balik kepada aku. Adam mengambil masa yang agak lama untuk balas dan akhirnya 'I LOVE YOU TOO' kedengaran dari mulutnya. TETAPI. Suara Adam yang lembut tidak kedengaran malah suara lelaki daripada Adam yang keluar.
All Rights Reserved
Sign up to add Pakwe Aku Gay to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 9
kehidupan seorang ayah. ᶜˢᶜ cover
Sepupuku Yg Pertama #shortstory cover
Papa 『C』 (KDNL) cover
BLACKPINK  LYRICS cover
SEBELUM KITA (OG) cover
ustazah Roslina part 1 cover
[C] Diary Kesakitan|Ultima Canzone (KNJ) cover
SECRET X TREASURE (COMPLETE)  cover
CINTA TERAKHIR ( OG ) cover

kehidupan seorang ayah. ᶜˢᶜ

13 parts Complete

❝ menjadi seorang ayah , bukannya mudah ❞ ㅡ choi seungcheol perlu menjaga 12 orang anaknya seorang diri selepas pemergian isteri tercinta. ➤ completed.