36 parts Complete Di balik hutan gelap yang hanya diterangi cahaya bulan, Park Seonghwa menyimpan satu rahsia.
Dia bukan sekadar lelaki berwajah misteri, tetapi serigala jadian yang ditakdirkan menjadi ketua kawanan.
Tenang di luar, ganas di dalam.
Namun, semuanya berubah bila dia terserempak dengan seorang gadis manusia iaitu Lee Haneul
seseorang yang sepatutnya dia jauhi.
Bagi gadis itu, Seonghwa hanyalah lelaki asing yang penuh teka-teki.
Tapi semakin lama, semakin dia tertarik dengan mata perak yang seolah-olah menyimpan ribuan cerita.
Ada sesuatu tentang Seonghwa yang membuatkan dia rasa selamat... dan dalam masa yang sama, berbahaya.
Mereka tak sepatutnya bersatu.
Kawanan Seonghwa melarang. Keluarga gadis itu membenci.
Tapi takdir dan bulan selalu menemukan mereka.
Antara cinta terlarang dan sumpahan darah serigala,
mampukah mereka melawan takdir?
Atau... hanya salah seorang yang akan terselamat di bawah cahaya bulan berdarah?
---
"Dia serigala. Aku manusia. Tapi kenapa hati ini memilih dia?"