Semuanya berlaku tanpa rancangan. Dalam sekelip mata, Tengku Izzat Izzudin membawa seorang wanita keluar dari hidupnya-terus ke luar negara, tanpa sempat memberi penjelasan. Bukan untuk menyakiti. Tetapi untuk melindungi. Wanita itu-Arisha. Seorang doktor yang sepatutnya hanya singgah seketika dalam hidupnya, namun kini terperangkap dalam perjalanan yang langsung tidak dirancang. Takut. Keliru. Curiga. Arisha tidak tahu sama ada lelaki di hadapannya itu sedang menyelamatkannya... atau sebenarnya sedang menghancurkan hidupnya. Namun yang paling menakutkan- dia mula jatuh hati. Perjalanan itu membawa mereka ke Berlin, ke rumah keluarga Tengku Izzat- dan di hadapan semua orang, lelaki itu membuat keputusan yang mengubah segalanya. "I want to marry her." Tanpa amaran. Tanpa persetujuan. Dan Arisha hanya mampu terdiam... antara ingin melarikan diri, atau kekal di sisi lelaki yang semakin merumitkan hatinya. Namun takdir belum selesai bermain. Di London, satu pertemuan membuka kembali luka lama yang telah lama dia sembunyikan- abang-abang kembar... dan seorang ayah yang pernah dia benci sepenuh jiwa. Sehingga satu nama disebut- Adinda Asmara. Nama yang dia tinggalkan. Nama yang menyimpan masa lalu. Dan nama yang membuatkan Tengku Izzat terdiam-kerana itu adalah gadis yang pernah dia cintai... dalam diam. Kini, semuanya bukan lagi kebetulan. Wanita yang dia bawa pulang untuk dikahwini... adalah gadis yang pernah membencinya dahulu. Dalam permainan takdir yang tidak pernah adil- adakah cinta lama akan diberi peluang kedua... atau kebenaran yang terbongkar bakal memusnahkan segalanya?
Daha fazla bilgi