Aku bukanlah baik mana, jauh sekali alim. Andai kau mengenali kisah hidupku yang lalu, aku pasti kau akan copku sebagai munafik. Dengan rupa parasku yang menarik, aku telah mempermainkan ramai lelaki sebelum ini. Tetapi percayalah, aku sedang cuba untuk berubah. Dengan bimbingan Kak Husna, dormmateku yang tidak pernah jemu menasihatiku meskipun sudah acapkali aku memberikan respons yang menyakitkan hati, aku akhirnya terbuka hati untuk berubah. Ini kisah aku. Kisah selepas perubahanku. Perubahan yang sukar, kemudian dititikkan pula dengan satu rasa cinta yang datang secara tiba-tiba. Cinta yang lahir hanya daripada sebaris coretan. Sebaris coretan yang berkembang kepada seribu tanda tanya. Dialah yang kucari. Dialah si peminat, dalam diam. Ini coretan cintaku. Salam sayang, Raysha