Aku ialah seorang perempuan yg mempunyai ciri² kewanitaan yang bernama Syafiqa. Aku berkulit putih dan mempunyai ketinggian 160 cm . Aku baru habis dari SPM dan berniat untuk bekerja sambil menunggu result SPM keluar. Kawan lelaki aq lagi ramai daripada kawan perempuan. Ramai orang di sekolahku memanggil Ku bohsia kerana aq rapat dengan lelaki tetapi tidak rapat dengan perempuan. Aku hiraukan percakapan mereka Yang mengejekku itu. Aku ada kawan perempuan tetapi aq tidak suka bergaul dengan mereka. Aku ada seorang kawan lelaki yang terlalu rapat denganku yang bernama Hafez. Lepas SPM,kami berdua ingin mencari kerja sambil menunggu result kami keluar. Hafez ni faham aq tidak seperti orang lain yang asyik ingin mengutuk dan mencela ku .