Please Don't Love Me (malay story)

Please Don't Love Me (malay story)

  • WpView
    Letture 12,530
  • WpVote
    Voti 264
  • WpPart
    Parti 9
WpMetadataReadIn corso
WpMetadataNoticeUltima pubblicazione ven, nov 4, 2016
WpInfo
Narrativa
Storie d'Amore
PROLOG: Nurul Iman memasukkan kain bajunya ke dalam almari yang sudah usang. Hanya almari tua ini satu-satunya perabot yang berada di dalam biliknya ini. Bilik yang sekian lama menjadi tempatnya beradu, mencari ilham dan melayan perasaan. Malam ini dia kembali semula menjadi penghuni bilik ini. Tak sangka dia di perlakukan sebegini. Apakah dosanya? Di manakah silapnya? Apakah maksud semua ini? Iman rasakan ini semua tidak ubah seperti mimpi. "Aku jijik tengok kau...Jijik!" Iman menangis. Tidak pernah dia menyangka suami yang amat disayangi sanggup mencemuhnya. Iman menelan perkataan itu dengan rasa yang sangat perit. Hatinya bukan setakat patah malah hancur diracik-racik tanpa dapat disambung lagi. Patutlah suaminya tidak pernah mahu menyentuh tubuhnya walau sudah sebulan bergelar suami isteri! Iman renung dirinya di cermin almari. Cantik. Berkulit cerah, berlesung pipit di pipi kanan dan bermata bulat. Hidungnya juga mancung dengan bibir yang semulajadi merah. Apakah kecantikan ini masih belum cukup untuk menghilangkan rasa jijik suaminya itu? Dia yakin ini bukan kerana rupa paras tapi kerana dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat daif . Inilah natijahnya kalau berkahwin dengan seorang lelaki yang jauh lebih tinggi martabatnya dari diri sendiri. "Oh Tuhan, kalaulah dapat ku undurkan waktu pasti ku tolak lamaran itu dulu..." airmata Nurul Iman kembali jatuh berlinangan.
Tutti i diritti riservati
#544
lovestory
WpChevronRight
Entra a far parte della più grande comunità di narrativa al mondoFatti consigliare le migliori storie da leggere, salva le tue preferite nella tua Biblioteca, commenta e vota per essere ancora più parte della comunità.
Illustration

Potrebbe anche piacerti

  • TEPAT PADA WAKTUNYA (HOLD)
  • Sungguh Ku milikmu, Kau milikku...
  • [✔️COMPLETE ] Hey Miss Arrogant , I Love You !
  • Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)
  • Takdir Terindahku √
  • c | Takdir Tuhan
  • Biarkan Sepi Berlalu / Sepi Tanpa Cinta

Kakaknya, Asyikin Amelia, telah terbang ke Amerika untuk mengejar impiannya sebagai model antarabangsa, meninggalkan satu tanggungjawab besar di bahu Aiman Amalina. Selesai solat tahajud, istikharah, dan taubat, matanya tertancap pada baju nikah yang tergantung di coat rack. Tiada rasa teruja, tiada debaran bahagia-hanya kehampaan yang menyelubungi hatinya. Seolah-olah esok adalah titik akhir kehidupannya. "Tak, ayah! Tolonglah ayah... Iman tak nak! Iman ada cita-cita, Iman nak kejar impian Iman!" rayu Aiman, bersimpuh di kaki Encik Jalal. Namun, rayuannya sia-sia. Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga perlu dipatuhi. Dia harus menggantikan tempat kakaknya yang lari dari tanggungjawab, demi sebuah impian. Bukan hanya Aiman yang dipaksa, tetapi Syed Al Iqbal juga. Bagi Tan Sri Syed Kadir, pewaris keluarga harus ada, dan perkahwinan ini mesti terjadi. "Papa tak kira! Kamu kena kahwin dan dapatkan pewaris tahun ini juga!" tegasnya. Semuanya berlaku begitu pantas. Tanpa cinta, tanpa rela-dua insan asing disatukan atas kehendak keluarga. Dapatkah Aiman menerima takdir ini? Mampukah dia mencari kebahagiaan dalam sebuah perkahwinan yang tidak pernah diimpikannya? Dan bagaimana penerimaan Iqbal terhadap Aiman, pengganti yang tidak pernah dia pilih? Author Note: saya baru je jinak jinak nak mengarang story. maaf kalau tak sesuai denga selera anda semua. terima kasih sudi baca. saya akan usahakan seminggu 2 episode saya akan update. terima kasih sudi baca.

Più dettagli
WpActionLinkLinee guida sui contenuti