Dakwah bukanlah setakat mengajak manusia sembahyang.
Dakwah bukan setakat mengajak manusia berpuasa.
Dakwah bukan setakat ajak manusia beradab.
Apatahlagi takat ajak jaga ikhtilat, hindari zina, ukhwah fillah fillet o'fish.
Dakwah itu tunjangnya mengajak manusia kembali kepada Tuhan
Dalam segenap perkara, kembali mengesakan Tuhan.
Jika engkau mengaku pendakwah namun tidak ditentang arus semasa,
engkau belum lagi berdakwah.
Jika engkau berdakwah dan melewati jalan tohmahan,
menyaksikan darah tertumpah dan nyawa dilayangkan,
selamat datang kami ucapkan!