Nur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang dirancang gagal kerana sikap lelaki itu yang tidak punchual telah mencetuskan kemarahan di hati Marylana dan menyebabkan dia benci pada lelaki yang berkaca mata dan tinggi itu.
Bagi Adrian Harfiey,berkenalan dengan gadis perancang perkahwinan itu buat dia jadi gila.Apa sahaja yang dia buat,ada saja yang tidak kena di mata Marlyana.Hampir setiap hari mereka bertengkar.
"Ni kek apa pula ni? warna macam kebudak-budakan je.Nak buat kek kahwin ke kek birthday untuk budak tadika?", - Marlyana Umaira
"Kenapa kek ni awak hias macam ni? tolonglah.. buruk gila kut! old fashion!", - Marlyanan Umaira
"Dah kalau awak tu pandai sangat,apa kata awak buat? tepung jagung dengan gandum pun tak reti beza,banyak pula cakap!", - Adrian Harfiey
"Ya Tuhan.. boleh tak sekali awak tak complain apa yang saya buat? Nanti dengan awak sekali saya uli jadi doh,masuk oven,keluar-keluar tak berbunyi terus!", - Adrian Harfiey
Namun siapa sangka mereka berdua pernah saling mengenali suatu ketika dulu? Bukan itu sahaja,mereka juga pernah menyimpan perasaan antara satu sama lain.Tapi tidak berani untuk meluahkan.
Bagaimana jika Marlyana dapat tahu bahawa Adrian Harfiey ni lah lelaki yang dia tunggu selama ini? Lelaki yang berada di dalam kelas Pendidikan Khas ketika bersekolah dahulu yang selama ini menjadi pujaan hatinya?
Apa reaksi mereka dan kesudahannya?