Ego Langit Ketujuh

Ego Langit Ketujuh

  • WpView
    Membaca 3,768
  • WpVote
    Vote 91
  • WpPart
    Bab 6
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Min, Mar 12, 2017
WpInfo
Fiksi
Romansa
Baru hari pertama kuliah, Qiesya sudah terjatuh hati dengan pensyarahnya sendiri.. Sir Hazran. Namun, cintanya terpendam begitu sahaja bila lelaki itu terpaksa meletakkan jawatan untuk membantu bapanya menguruskan syarikat. Setelah tamat pengajian, takdir menemukan mereka kembali bila Qiesya diterima bekerja di syarikat keluarga Hazran. pada asalnya memang dia berniat mahu memenangi hati lelaki itu kembali, namun kehadirannya Agak terlewat bila lelaki itu bakal mengikat tali pertunangan dengan Miss Alia yang juga bekas pensyarah Qiesya semasa di Universiti dulu. Sejak itu, dia cuba melupakan Hazran. Tanpa diduga, kehadiran Qiesya di syarikat itu sedikit sebanyak berjaya menggugat hati lelaki Hazran. Dia sendiri tidak sedar bila dia mula tertarik dengan Qiesya. Kerana ikutkan perasaan dulu, dia mengikat tali pertunangan dengan Miss Alia. Namun kerana ikutkan hati pula, dia nekad untuk memutuskan pertunangan mereka. Dan tindakannya itu mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak termasuk Qiesya. Setelah menerangkan duduk perkara sebenar, masing-masing boleh menerima alasannya dengan hati terbuka, kecuali Qiesya. Walaupun pelbagai perkara dilakukan untuk meraih perhatian Qiesya, wanita itu tetap menolaknya. Dek rasa bersalah terhadap Miss Alia dan keluarga Hazran, Qiesya terpaksa meninggikan egonya. Walaupun mulut kata 'tak cinta', tapi hati sentiasa degil mahu mengatakan 'ya'. ------------------------------------------------------ Sampai Bilakah Qiesya dapat mempertahankan egonya untuk menolak Hazran? Mampukah dia mengecapi bahagia dengan lelaki yang diidamkan sejak sekian lama itu?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#554
ego
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • THB [Treat Her Better]
  • DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSION
  • | Saat Bunga Bunga Cinta Bersemi | 🔮💯 | Completed | by: missPuteri |
  • Kerana Dia..
  • ALYA HUMAIRA : Masih Ada Langit Lain [✔︎]
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
  • Suami Aku Si Kaki Buli!

Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan